cp 65

836 99 5
                                    

"Claire!" Jerit Rechel.

Claire terhenti apabila mendengar namanya disebut. Dia menoleh ke arah kanannya dan kelihatan Rechel sedang berlari ke arahnya sambil menarik Ian.

Claire hanya menatap mereka dengan muka yang beku. Kemudian teruskan perjalanannya untuk pergi dari situ. Dia malas untuk melayan dua orang itu.

"Claire tunggu!" Tangan Claire ditarik oleh Rechel.

Claire mengeluh dengan sikap Rechel itu. Dia lalu melepaskan tangannya.

"Korang nak apa? Kan aku dah kata aku tak akan layan korang lagi. Korang dah tahukan macam mana diri sebenar aku. Jadi lebih baik korang jauhkan diri korang dari aku," ujar Claire.

Baru sahaja Claire ingin membuka langkah pergi dari situ, tangannya ditahan lagi oleh Rechel.

"Ya, kami tahu tapi kami tak kisah."

Claire memandang pelik ke arah dua orang itu. Dia tertanya bagaimana mereka mengetahui kisah itu.

"Kami dah tahu cerita sebenar. Dan apa yang kau buat tu semua benda yang betul. Kalau aku jadi kau pun, aku akan buat semua tu."

Claire memandang ke arah Ian yang berdiri di tepi Rechel. Muka lelaki itu tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Tapi entah kenapa Claire dapat rasanya dia juga sama seperti Rechel.

"Aku tak tahu apa yang korang cakap ni tapi satu jer aku nak beritahu. Aku ni bukan macam korang. Aku ni kejam. Kalau korang tak nak benda yang sama jadi pada korang, lebih baik jauhkan diri korang aku," Claire melepaskan pegangan tangan itu.

Dia sudah nekad itu tidak lagi berkawan dengan mereka kerana dia tidak tahu sama ada mereka itu sama seperti kawan dia sebelum ini.

"Kau tak kan buat!" Jerit Rechel. Langkah Claire terhenti. Dia menoleh ke arah perempuan itu.

Dia memandang serius mukanya. Di otaknya terfikir kenapa perempuan itu mengatakan hal tadi.

"Aku tahu kau tak akan buat." Rechel mendekati Claire.

"Kenapa pula?" Soal Claire.

"Sebab kami tak akan pernah khianat kau."

Terdetak hati Claire mendengar kata itu. Kata itu seperti masuk ke dalam hatinya yang kosong erti persahabatan itu.

Tapi entah kenapa dia ragu untuk mempercayai kata itu. Dia takut benda yang sama akan berulang.

"Apa jaminan kau, kau tak akan khianat aku?"

"Aku memang tak ada jaminan tapi aku kawan kau. Kawan tak akan khianat kawan."

Claire tersenyum senin. Kawan tak akan khianat kawan. Ayat itu memang lawak bagi Claire.

Dalam hidup dia kawanlah orang pertama yang mengkhianatinya. Dan sekarang Rechel mengatakan bahawa kawan tidak akan mengkhianati kawan. Memang susah hendak dipercaya semua kata itu.

"Untuk pengetahuan kau, kawan adalah orang pertama beri aku maksud pengkhianatan. Dan kau kata kawan tak akan khianat kawan. Kau melawak ke apa? Bagi aku kawan adalah orang yang paling ku tak percaya dekat dunia ni. Termasuklah kau."

"Tu sebab mereka tak pernah anggap kau kawan. Tapi kami anggap kau sebagai kawan."

Terdetak hati Claire mendengar ayat itu. Betul ke mereka menganggap Claire sebagai kawan ataupun hanya mainan kata.

"Aku tahu kau pernah kena khianat dengan kawan kau. Kalau aku jadi kau pun, aku akan sedih dan susah nak percayakan orang lain lagi. Tapi kami bukan macam tu. Kami memang iklas nak berkawan dengan kau."

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now