cp 77

780 97 1
                                    

Flashback 16 tahun lepas
.
.

Claire yang berumur 5 tahun itu bermain piano di dalam sebuah bilik bersama dengan adiknya, Perth. Pada waktu itu, bilik tersebut penuh gelak-tawa dua adik-beradik itu.

Mereka bagai isi dengan kuku. Memang tidak dapat dipisahkan. Sampaikan tidur pun sama bilik. Adik lelakinya itu sangat sayangkan kakaknya. Bagi Perth kakaknya adalah segalanya. Jadi sebab itulah dia sangat manja bersama dengan kakaknya itu.

"Kakak, kakak. Mainkan lagu yang kakak selalu main tu," pinta Perth.

"Kamu nak? Jom lah main sama-sama," balas Claire.

Perth tersenyum lalu merenggangkan tangannya. Mereka bersedia lalu memainkan piano besar itu bersama. Melodi mereka kedengaran sangat bagus dan mustahil untuk budak 5 dan 4 tahun memainkan melodi sebagus itu. Jadi itulah kuasa keluarga Ascart.

Hampir beberapa minit mereka bermain dan akhirnya mereka selesai. Perth memeluk kakaknya tanda dia gembira. Claire mengusap kepala adik lelaki kesayangannya itu.

"Kakak, Perth laparlah. Jom makan," pinta budak itu lagi.

"Tak lama lagi masa makan malam, nanti kamu sakit perut kalau kamu makan waktu ni," Claire cuba membentang Perth dengan cara lembut.

"Tapi, Perth lapar..." adiknya menggunakan teknik kecomelan mukanya untuk mendapat simpati Claire.

Kepala budak lelaki itu dipendam ke dalam pelukan itu. Claire mengeluh lalu mengusap rambut lelaki itu. Dia memang kalah bila Perth sudah menggunakan teknik itu.

"Okay, biar kakak beritahu David dahulu." Claire menyebut nama butler rumah itu.

Perth tersenyum gembira. Dia tahu kakaknya tidak akan tolak. Perth melepaskan pelukan itu lalu Claire berjalan keluar dari bilik itu.

Perth gembira di dalam bilik itu kerana dia dapat memakan manisan kegemarannya sekejap lagi.

Claire berjalan keluar dari bilik itu menuju ke tangga untuk turun dan berjumpa dengan David.

Tiba-tiba badannya terasa ditolak dari belakang. Claire yang tadinya mahu turun tangga itu, terjatuh dengan kuat ke bawah sehingga kepalanya terhentak pemegang tangga itu.

Mata dia sempat melihat gerangan yang menolaknya. Orang itu adalah ibunya sendiri. Wanita itu tersenyum melihat Claire yang sudah tidak terdaya itu.

Mata Claire semakin lama semakin lemah melihat gerangan ibunya itu. Dan akhirnya dia jatuh pengsan di situ.
.
.

"Tolong, tolong. Sesiapa telefon ambulans," tiba Perth mendengar suara ibunya meminta tolong.

Perth dengan segera keluar dari bilik itu dan memandabg je arah ibunya berada di tingkat bawah berdekatan dengan tangga.

Dia melihat seorang budak perempuan berada di samping ibunya terbaring lemah. Mata Perth terbuka besar apabila mengenali perempuan itu.

Dia adalah kakaknya, Claire.

Dalam keadaan cemas budak itu terus berlari mendapatkan kakaknya yang sudah terbaring lemah itu. Kepala Claire berdarah akibat hantukkan tadi.

Dia Cuba mengejutkan kakaknya namun semua itu hampa. Kakaknya tidak mahu membuka mata.

.
.

Time skip

"Macam mana dia boleh jatuh?" Soal seorang lelaki kepada isterinya.

"Saya tak tahu. Bila saya keluar bilik, saya lihat dia sudah jatuh," jawab isterinya.

Lelaki itu memandang ke arah anak perempuannya yang terbaring lemah di katil hospital itu. Kepala budak perempuan itu berbalut dengan kain dan juga tangannya yang disahkan patah oleh doktor tadi.

Tears of Melody [✔️]Where stories live. Discover now