empat

5 0 0
                                    

Aliya tersedar. Kepalanya agak sakit. Dinding siling putih berkipas itu ditenung lama. Kepala memerhati sekeliling. Dia berada di bilik kesihatan. Bagaimana dia boleh ke situ? Dia pun tidak tahu.

"Aliya? awak dah sedar. Awak rasa sakit kat mana mana?" Cikgu Nora muncul di muka pintu.

"Kepala saya sakit sikit cikgu." Kata Aliya tangan  yang menyentuh kepalanya yang sakit. Atau lebih tepat lagi, belakang kepalanya. Sakit.

"Ada orang jumpa kamu pengsan dalam bilik air. Kamu sakit di mana lagi?" Cikgu bertanya. Tangan cikgu mencapai first-aid kit dan beberapa alatan lain. Cikgu Nora melabuhkan punggung sebelah Aliya.

"Sini cikgu buatkan. Kamu sakit disini?" Tanya cikgu sambil menekan sedikit bahagian belakang kepala Aliya dan Aliya mengangguk.

Merujuk kembali soalan cikgu tadi, 'kamu sakit di mana lagi?' terus mengingatkan Aliya yang kakinya yang sudah memang terseliuh dan belum sembuh, dipulas kuat oleh Anis.

Aliya menyelak kain sekolah hingga ke paras betis, stokin dibuka perlahan. Dan dia tergamam. Kawasan kakinya hingga ke pergelangan kaki sudah biru keunguan. Teruk. Cikgu Nora tergamam.

Aliya terus teresak perlahan apabila melihat kakinya. Dia teringat kejadian tadi. Sakitnya tak boleh digambarkan. Rasa seperti kakinya patah.

"Sabar ya, cikgu bawak pergi hospital. "

_____

"Kamu ingat nombor telefon ibu ayah kamu atau penjaga kamu ke?" Cikgu Nora yang sedang memandu bertanya. Aliya menggeleng. Kaki yang berbalut ditenung.

"Boleh saya tahu macam mana boleh bengkak macam ni?" Doktor lelaki yang bernama Arman itu bertanya lembut kepada Aliya. Kaki Aliya yang sudah siap dibalut diangkat dan diletakkan perlahan atas katil semula.

Cikgu Nora keluar sebentar untuk mengambil bandage, kapas, pin bandage, guard di kaunter ubat seperti yang dipesan oleh Doktor yang bernama Arman itu.

"Saya jalan macam orang cacat. Dia pusing kaki saya. Kuat." Aliya berkata pendek. Doktor itu mengangguk angguk tanda faham.

"Macam mana doktor?" Cikgu Nora muncul bersama dua beg plastik kecil.

"Alhamdulillah tak patah, tapi ligamen koyak dan urat juga ada yang teralih. Kalau lebih sikit kakinya dipulas memang tulang akan patah. Tapi syukur tak. " Terang doktor Arman.

"Balik nanti, tuam dengan ais. Lepas dah tuam sentiasa pakai stokin atau, balut kaki supaya tak masuk angin. Kalau dah surut, awak urut perlahan lahan ya?" Doktor Arman pesan dan Aliya angguk faham.
Selepas itu dia menerangkan cara balutan dan urutan yang perlu dilakukan untuk cepat sembuh.

"Saya hantar kamu balik rumah." Kata cikgu mendatar menyedarkan Aliya. Jauh dia termenung tadi.

____

Empat hari selepas dicutikan, Aliya ke sekolah semula. Alhamdulillah, kakinya sudah boleh berjalan seperti biasa, tidak terhenjut henjut, namun masih belum sembuh sepenuhnya. Dia tidak boleh berlari atau memberi banyak tekanan pada kaki sebab kakinya akan sakit jika ditekan. Dia hanya boleh jalan dengan perlahan.

Di rumah pula dia terpaksa buat kerja seperti biasa. Adalah juga beberapa kali dia ditegur Cik Nah, katanya Aliya buang tabiat sebab pakai stokin dalam rumah. Disebabkan pergerakan kakinya yang terhad, Cik Nah sering mengejinya dengan perkataan lembab dan bodoh. Aliya telan sahaja segala makian asalkan Cik Nah tidak mengapa apa kan dia.

Dan hari harinya di sekolah juga berjalan sepeti biasa. Sejak kejadian yang menimpanya sudah tersebar, dia sudah tidak diganggu oleh geng Lisa. Walaupun masih ada juga adegan langgar bahu dan jeling menjeling tapi Aliya buat tak endah.

Garis Antara KitaWhere stories live. Discover now