"betui ka ni?"
"Yee betul opah, Aya dah biasa dah jalan kaki, dekat je. Dulu punya sekolah lagi jauh." Aliya cuba menyakinkan opah. Tiba tiba dia terkenangkan sekolah dahulunya semasa masih tinggal bersama Cik Nah. Entah apa jadi kat geng Lisa tu."Hish, bahaya la, opah sayang cucu opah ni."
"Aya pun sayang opah, tapi bolela opahh hm hm. " Aliya membuat muka comel."Hm tak dan opah tengok mata kamu. Bahaya laa Aya." Opah masih tak yakin.
"Apa kamu ni mah, dekat je sekolah tu aih." Atuk menyampuk.
"Ha kan kan kann." Aliya bergerak menghampiri atuknya pula. Nak bodek pujuk opah la tu!
"Haih, yela yelahhh. Janji dengan opah jaga diri eh."
"Janji !"
____
Selesai bersarapan, Aliya memakai kasut sekolahnya.
"Aya pergi dulu opah!" Laung Aliya.
"Hati hati Aya." Sahut Opah.Kaki bergerak melangkah keluar dari kawasan. Opah dah pesan masa sarapan tadi. Berjela. Jangan borak dengan orang tak kenal, hati hati kat simpang, jumpa mat motor nak ngorat jangan layan. Orang offer gula gula jangan ambil. Jalan tepi tepi je, jangan ketengah sangat, takut dilanggar. Hailaa opah, taula kita comel molek, tapi ada ke lagi sekarang ni orang offer gula gula? Oh lupa, Khaleef si mereng!
Geram dia pada Khaleef masih tidak pudar. Kalau tembok rumah tu rendah je, dah lama dia panjat pergi ambush balik Khaleef tu! Heh.
Langit masih belum cerah sepenuhnya, Aliya melihat jam di tangan, baru pukul enam limau tujuh, aih awal lagi. Perlahan lahan dia jalan menikmati udara pagi.
Sejuk dan nyaman!
Sedang dia tunggu di simpang untuk melintas, mata terpandang bunga dandelion di kaki. Lawa! Tangan gatal memetik kemudian melintas jalan.
"Aih, kiutnyaa kamu." Aliya bercakap sendirian. Dia berhenti sejenak lalu meniup bunga tadi maka terlerai dandelion tadi dibawa angin.
Aliya tersenyum gembira. Lebih kurang dua puluh langkah lagi sampai la kat pintu pagar sekolah tu.
Khaleef yang menunggang basikal berada agak jauh di belakang Aliya. Namun masih dapat cam kelibat cucu opah Mah itu.
Khaleef melajukan kayuhan ingin menyaingi Aliya.
"Oit." Dia menegur. Aliya yang terkejut terus badannya refleks ketepi. Nasib tidak jatuh. Khaleef ketawa.
"Kau ni kan!" Aliya marah. Namun Khaleef buat tak endah. Terus masuk ke dalam pagar sekolah dengan ketawanya yang tak henti lagi. Suka mengusik!
Dia mengekori Aliya sejak dari simpang tadi. Atau lebih tepat lagi, sejak dia petik bunga tu.
'khusyuk benor dengan bunga dia ceh!' Khaleef gumam perlahan. Basikal tunggangannya memasuki perkarangan sekolah.
_____
'Erm, aku kelas apa eh semalam cikgu tu bagitau. Macam mana boleh lupa ni Aliyaa!!' Bebelnya dalam hati. Dia betul betul tak ingat nama kelas nya yang diberitahu ketika mendaftar bersama opah Mah semalam.
Jadinya, termanggu dia seorang diri di hadapan papan kenyataan. Dah macam orang gila tak keruan seorang diri. Kejap kesana, kejap kesini. Tambahan lagi, sekolah itu masih baru baginya. Tandas pun belum tentu dia tahu dimana. Haih.
Sedang asyik menyalahkan diri kerana terlupa nama kelas sendiri, hujung ekor mata menangkap kelibat orang yang sedang berjalan. Badan automatik menghadap papan kenyataan, kepala mendongak, Aliya berlakon sedang membaca maklumat di papan tersebut.

YOU ARE READING
Garis Antara Kita
Подростковая литература___________ "Ha nanti Aya tolong hantar sikit ke rumah Puan Hatija boleh?" puan? Aliya berkerut dahi. "Kat mana opah?" Air teh disisip sedikit menunggu jawapan opah. "Alah dekat je, rumah sebelah." tersedak Aliya dibuatnya. Rumah Khaleef?! "Amboi...