"Arwah Kamal pun tak pernah bagitahu Opah yang dia ada dendam dengan sesiapa, atau bermusuh dengan sesiapa. Walaupun benda tu dah lima tahun berlalu, bila opah teringat balik, opah mesti tertanya tanya kenapa dia dibunuh. " Luah Opah.
"Betul opah, saya dengan Hasnah terkejut sangat opah.. dapat dapat tahu Aliya dah kena admit hospital, orang yang terlanggar Aliya tu jiran dia." Kata Jasmin
"Macam tu rupanya, puas opah cari cucu opah ni. Dia je satu satunya cucu opah. Masa mayat arwah sampai disini, ambulan hantar. Opah ingat Aliya ada sekali, tercari cari kami dibuatnya. Tapi kelibat Aliya pun tak nampak." Riak wajah opah bertukar sedih.
"Sejak kejadian tu, Aliya tinggal dengan kami opah, dengan Hasnah. Saya dengan Hasnah sama sama tanggung dia. Saya yang tanggung perbelanjaan dia. Saya tak boleh jaga sebab saya sakit, saya takde anak nak kawan dengan Aliya. Sebab tu saya minta tolong Hasnah jagakan." Jasmin membuka cerita.
"Maaf opah, kitaorang ingatkan Kamal dah takde mak ayah, tambah tambah lagi dia anak tunggal, sebabtu kitaorang jaga dia."
"Alhamdulillah, lega opah dengar."
"Tapi tulah, semalam Aliya kena halau dengan Hasnah atas sebab salah faham rasanya. Jiran dia yang tolong Aliya. Dari tahun lepas sebenarnya saya dapat tahu opah dengan atuk Aliya masih hidup. Jadinya bila jadi macam ni, opah je saya harapkan." Jasmin tidak mahu membuka cerita tentang Hasnah. Dia masih geram akan adiknya itu.
"Ya Allah Jasmin, luas pintu rumah Opah nak menerima kedatangan dia. Lima tahun Opah tak jumpa dia. Kalau dia tinggal sini, Opah lagi suka, boleh buat teman." Ujar Opah sedikit ketawa dihujungnya.
"Terima kasih Opah." Ucap Jasmin sambil tersenyum lebar. Dalam hati berharap agar Aliya bahagia tinggal disini.
_____
"Aya tak ingat opah ke?" Opah bertanya lembut. Terpancar riak rindu yang samgat mendalam. Matanya kembali berair melihat raut wajah cucunya.
"Siapa je tak ingat opah Mah ialah opah paling gaaaaranggg kat duniaa werkk!" Aliya menjelir lidah mengusik neneknya. Mana mungkin dia boleh lupa walaupun pada mula tadi dia masih ingat ingat lupa,
mungkin sebab dah lama tak nampak opah pakai lawa lawa kut hihi.Bila terpandang frame gambar keluarga terus dia teringat. Opah kesayangannya yang paling garang aumm!
"Saya pulang dulu ya opah, terima kasih banyak opah, saya tak tahu nak balas macam mana. " Kata Jasmin sambil menyalam opah.
"Takpelah Jasmin, dia kan memang cucu opah, takkan opah nak berkira. Opah suka je dia tinggal sini. " Ujar opah untuk hilangkan rasa bersalah Jasmin padanya.
"Aya jaga diri ya, jangan nakal nakal, jaga opah dengan atuk elok elok. Nanti Cik Yas datang lagi. " Pesan Jasmin sambil mengusap pipi Aliya perlahan.
"Baik Cik Yas, hati hati tau." Kata Aliya bersama senyum yang terbit dibibirnya. Senyuman itu meyakinkan Jasmin untuk biar Aliya tinggal disini, di Kedah bersama atuk, neneknya. Seolah olah, dia akan bahagia bila bersama neneknya.
"Nanti kirim salam kat atuk ya opah." Ujar Jasmin.
"Jaga diri Jasmin." Pesan opah, sebelum kereta mula bergerak. Jasmin angguk. Aliya melambai tangan.
_____
Kereta hitam itu berhenti di depan rumah itu. Seperti biasa, empat orang lelaki itu keluar meninjau rumah tersebut. Seperti tiada orang lagi hari ni.
"Bodohla dia ni, datang datang mesti takde. Setan betul!" Salah seorang daripada mereka memaki.
"Macam biasa aa, buat apa yang patut." Sambung dia lagi.
YOU ARE READING
Garis Antara Kita
Teen Fiction___________ "Ha nanti Aya tolong hantar sikit ke rumah Puan Hatija boleh?" puan? Aliya berkerut dahi. "Kat mana opah?" Air teh disisip sedikit menunggu jawapan opah. "Alah dekat je, rumah sebelah." tersedak Aliya dibuatnya. Rumah Khaleef?! "Amboi...