Kain batik yang opah beri tadi disarung ke kepala. Opah pesan suruh keluar sekali tadi. Tingkap kayu ditutup. Kaki melangkah keluar bilik. Ruang tamu itu dipenuhi dengan alunan quran dan budak budak yang sedang mengaji.
Aliya mendekati opah yang sedang mengajar budak mengaji lalu melabuhkan punggung di sebelah opah. Mata masih melilau melihat budak budak yang mengaji. Tenang rasanya.
"Assalamualaikum." Atuk memberi salam.
"Semua datang mah?" Soal atuk, tangan meletakkan kunci motor di atas rak.
"Tak bang, si jiran sebelah tak datang." Jawab opah.
"Ohh, dekat surau tadi pun takde." Sangka atuk dia tak datang surau mungkin kesini lebih awal.
"Amin, sini tasmik. " Panggil atuk . Kemudian datang seorang budak lelaki duduk dihadapan atuk bersama rehal dan muqaddam nya. Tergagap gagap dia baca namun atuk sabar membetulkan supaya lancar.
Opah memandang jam dinding, mata dikecilkan, tepat lapan setengah malam.
"Sadaqallahul'azim." Kuat suara opah menamatkan sesi mengaji malam itu. Serentak juga suara budak budak menyebut sekali lalu quran dan muqaddam disimpan dalam beg, rehal dilipat diletak di tepi dinding berdekatan pintu. Disusun rapi seperti yang opah telah ajar.
"Hati hati balik, Aminah, elok elok ya jalan dengan adik tu. " Pesan opah.
"Baik opah." Sahut Aminah tersenyum. Aliya dan opah menghantar mereka pulang sehingga ke anjung rumah.
Bunyi motosikal atuk berderum sebaik sahaja budak budak ansur pulang.
"Dah mah, nanti aku tenggokkan dorang balik, kamu masuk dulu bawak Aya tu, aku terus ke surau ni. "
"Baik bang." Opah memimpin Aliya masuk dalam rumah. Bunyi motor beransur hilang tanda sudah pergi.
____
"Aya, ni baju kurung ni, opah dah gosokkan gantung dalam bilik. Esok bangun awal kita pergi pagi."
"Baik opah, terima kasih opahh!" Aliya excited untuk berdaftar ke sekolah baru.
"Cik Yas, terima kasih ambilkan barang Aya." Ujar Aliya, selepas isyak tadi, muncul sebuah teksi di halaman rumah. Jasmin datang bersama beg baju dan satu beg tepi. Milik Aliya.
"Takpe Aya, kebetulan cik Yas nak jumpa kamu. Rindu." Kata Jasmin.
"Kamu malam sini ya? Jauh tu Kedah ke Kuala Lumpuq."
"Takpe opah, Yas tak nak susahkan opah, Yas naik flight tadi."
"Ya Allah lagi susah tu." Opah terkejut kerana sanggup menempah tiket kapal terbang untuk ke sini.
"Takde apa lahh, memang dah rancang datang nak hantar baju Aya. Kejap je ni opah, nanti naik flight balik." Jasmin tersenyum pada Aliya.
"Oh yalah, takpela kalau lagu tu." Opah mengalah, air yang terhidang disisip sedikit.
Atuk muncul setelah menukar baju melayu nya dengan baju pagoda putih.
"Kenalkan bang, adik arwah Raihana, bini Kamal." Tutur opah. Atuk duduk di bangku bertentangan Jasmin.
"Ooo, samo ghupenya. Haih yalah, dah adik beradik. Hahahaha." Atuk gelak sendiri.
"Apo abang ni." Opah menggeleng geleng kepala. Aliya disebelah Jasmin juga turut ketawa kecil. Atuk ni tak mengusik tak sah!
"Tinggai sini malam ni ka?" Atuk tanya
"Tak tak, kejap lagi flight balik." Tutur Jasmin sopan.
"Ooo lain kali toksah lagu tu. Kalau mai, bermalam je kat sini, takdo apo susah aih, lagi penat duk ulang alik teruih. Ha ajak laki kamu sekali kalau dia tak busy nah." Pesan Atuk.

YOU ARE READING
Garis Antara Kita
Teen Fiction___________ "Ha nanti Aya tolong hantar sikit ke rumah Puan Hatija boleh?" puan? Aliya berkerut dahi. "Kat mana opah?" Air teh disisip sedikit menunggu jawapan opah. "Alah dekat je, rumah sebelah." tersedak Aliya dibuatnya. Rumah Khaleef?! "Amboi...