dua

10 0 0
                                    

"NUR ALIYA KAU KELUAR SEKARANG!!" Aliya tersentak dari dalam bilik bila terdengar jeritan Cik Nah. Lekas dia keluar dari bilik tergesa gesa menurun tangga.

Sewaktu turun dari tangga dia berselisih dengan Tina dan Lisya.

"Padan muka ko!" Tina kata padanya mengejek. Semua seakan tahu yang dia bakal dimarahi teruk dengan Cik Nah. Namun Aliya menonong buat bodoh sahaja akan ejekan itu.

Sebaik sahaja pandangannya  menyapa tubuh Cik Nah..

"ASAL KAT LUAR TU BERSEPAH GILA?! KAU GOYANG KAKI JE KE KAT RUMAH?!" Tanpa amaran Cik Nah menghamburkan marahnya pada Aliya . Dia senyap.

'Tak buat kerja apanya. Punya la lama aku buat kerja rumah semata ya sampai nak jeling jam pun tak sempat. Ish Cik Nah ni main tuduh aje sob sob.' bebelnya dalam hati. Yela kalau jawab depan Cik Nah karang dikatanya kurang diajar.

"Aku tanya JAWAB!" bahu Aliya terhinjut.

"Aya dah kemas rumah dah Cik Nah.." Dia jawab dalam ketakutan. Aliya takut dipukul sebab nanti lebam dan luka lambat hilang, dia jadi malu dengan kawan kawannya.

"KEMAS APA BENDA BODOH KALAU BERSEPAH MACAM REBAN KAT LUAR TU HAH?!" Sekali lagi dia ditengking.

"Siapa yang buat tu? Siapa yang busukkan rumah aku ni?" Cik Nah tanya. Aliya jadi blur nak jawab apa.

"kau ni kenapa bodoh. Apa susah sangat nak bercakap hahh!" Cik Nah cengkam kedua pipi Aliya dengan sebelah tangannya. Kakinya sedikit terjingkit sebab tangan Cik Nah menariknya keatas.

"ssaakitt Cik Nah." Aliya meronta perlahan minta dilepaskan.

Sebaik sahaja Cik Nah lepaskan genggaman, dia terus mencampak Aliya ke lantai. Kedua rahang Aliya yang perit dia sentuh perlahan. Kedua kepala lutut yang terhentak juga sakit.

"Sekarang ni siapa tuan, aku ke engko?" Cik Nah menyoal.

"Cik Nah, tuan."

"Ha dah tu, kau tinggal situ berkurung dalam bilik, aku ke yang kena bersihkan?"

Aliya senyap. Tanda tidak protes

"Jawablah BODOH!" Cik Nah tunjal kepala Aliya kuat. Terteleng teleng kepala Aliya ditunjalnya. Kemudian dia mencengkam semula rahang Aliya.

"Aku nak kau bersihkan semua benda kat luar tu sampai bersih. Bau dia pun aku taknak bau. Sampai aku check tak bersih.. SIAP KAU!" Mata Cik Nah ditajamkan kepada Aliya tanda beri amaran. Aliya angguk perlahan dan Cik Nah berlalu pergi.

____

Aliya memerah sebijik buah limau kedalam cawan dan masukkan air suam kemudian gula. Selepas dikacau dia terus minum.

'Ergggh leganyaa' getus hatinya.

Bau busuk yang keluar dari bangkai ayam sangat meloyakan tekaknya. Nasib sahaja tidak muntah. Petua orang dulu dulu, kalau loya, makan benda masam dan dia lebih suka kalau minum air limau.

Aliya lihat jam dinding menunjukkan pukul tiga petang. Perutnya yang berbunyi minta diisi lantas dia menuju ke meja makan. Aliya angkat tudung saji dan apa yang menyapa pandangannya hanyalah sebuah mangkuk kecil yang berisi..

"Astagaa kok gue mau makan apa sih takkan telan aja semangkuk sambal belacan? Waduhh gawatt." Bebelnya sendirian. Mana tak nya dia tak makan pedas, nak masak pun tak reti.. haih.

Akhirnya selepas dia menyimpan kesemua alatan pembersihan yang digunakan, dia menjamah nasi kosong bersama garam. Ingat nak goreng telur sebab tu je yang dia reti tapi telur pun habis. Takpela. Asalkan perutnya tak berdendang anak.

Garis Antara KitaWhere stories live. Discover now