satu

13 0 0
                                    

"Lariii ! Jangan pandang belakang dah!" Keras suara itu memberi arahan. Budak kecil yang sedang berlari sekuat hati terberhenti bila beberapa das tembakan berbunyi dari arah belakangnya. Kepala degil masih mahu menoleh. Dia terpaku. Lariannya terhenti. Mata menyaksikan sendiri insan itu dibunuh, terbaring layu dan lemah. Seakan dihujung nyawa.

"LARI !" Dia bersuara lagi sebelum pejam mata untuk selamanya. Mata budak kecil tadi  terarah kepada sebuah kereta yang dipandu laju untuk melanggarnya. Dia mengelak dan berlari laju sekuat hati. Air mata yang mengalir tak sempat diseka.

"B.. bb.. babahh huuu tsk." Tangisannya tidak mahu  berhenti meskipun berkali kali dia seka air mata sehinggalah ada bunyi hon panjang dari arah kanan dan dia rebah.

___

"Ayah dia dah mati kena tembak. Aku tak tahu siapa pula yang berdendam dengan Kamal sebab Kamal tak pernah bagitahu aku apa apa. Aku kesian kat budak tu. Kecik lagi Nah. Siapa lagi nak jaga kalau bukan kita makcik dia. Kita pun tahu Kamal tu anak tunggal, tolong la eh Nah?"

"Aku bukan tak nak jaga tapi kau faham faham la aku pun ada anak juga nak kena bagi makan. Laki aku pun gaji bukan nya banyak macam laki kau. Asal kau sendiri tak nak jaga?" kata Nah seakan memerli.

"Aku sakit Nah. Kanser perut tahap tiga. kau lupa ke? Aku tahu keluarga aku memang mampu nak tampung dia. Tapi kami tak mampu nak jaga dia. Dia mesti akan terabai duduk dengan aku. Lagipun aku takde anak nak buat teman main dengan dia. Aku kesian dengan dia. Zaman masih kecil ni sepatutnya zaman yang gembira." kata Jasmin simpati.

"Yelah yelah. Nanti aku pertimbangkan dulu." Hasnah memutuskan perbincangan dengan suara yang seakan terpaksa.

"a..a..air" Aliya kata perlahan. Dua orang yang sedang berbincang tadi terus fokus kepada si cilik yang baru sedar. Cik Yas terus ambilkan dia segelas air dan hulur kepada dia. Manakala Cik Nah masih berdiri berpeluk tubuh ditepi katil.

"babah ane?"

"babah kau dah meninggal" jawab Cik Nah tanpa berlapik. Cik Yas terus menyiku perlahan Cik Nah yang celupar tu.

Aliya senyap. Lama. Matanya menala ke siling putih hospital.

"aya nak ido." perlahan Aliya tarik selimut hingga ke bahu dan mengiring. Cik Yas menepuk belakang aliya perlahan. mendodoikan dia. Simpati nya pada budak kecil ini. Betullah ajal maut di tangan Tuhan. Kita sebagai hambaNya hanya mampu redha.

___

"Pergi panggil dia makan. Mengada betul nak makan pun orang kena panggil dia ingat dia tu anak raja ke apa?" bebel Cik Nah geram dengan sikap Aliya.

Aliya turun tangga perlahan lahan kerana terdengar dengan bebelan Cik Nah tadi. "masalahnya aku dalam bilik air tadi perut lahai memulas pula tiba tiba." Ujarnya perlahan

Sampai di meja makan Cik Nah, Im, Lisya dengan Tina sudah menyuap makanan terlebih dahulu. Aliya menarik kerusi tanpa bunyi dan duduk. Macam biasalah nak makan, ambil pinggan, ceduk nasi, ambil lauk.

"bismillah" lalu dia menyuap perlahan nasi.
Masing masing di meja makan senyap, ralit dengan makanan yang terhidang. Mulut tak henti berkunyah.

"Makkk" panggil Tina lembut

"Apa dia?" tanya Cik Nah

"Along nak pakai duit la mak, along kena beli buku rujukan dengan latihan. Buku buku tu semua cikgu yang orderkan nanti. Boleh mak?" tanya Tina

"berapa kau nak pakai?"
"dalam seratus macam tu. dia ada beberapa mata pelajaran sekali tu mahal sikit mak. " pujuk Tina lagi.
"makk oi mahal betul, baik mak beli emas." Cik Nah berkira kira mahu bagi.

" Alaa maakk bolelaahh along janji along belajar rajin rajin mak"

Im dengan Lisya masih ralit dengan makanan. Langsung tak menyampuk
Aliya pula apatah lagi. Langsung tiada hak nak buka mulut rasanya.

"em yelah nanti lepas makan ni ingatkan mak bagi duitnya."

"terima kasihh mak!" sahut Tina riang. Yela, dapat duit, siapa je tak gembira kan?

Usai masing masing selesai makan. mereka bangun dan basuh tangan. Macam biasa kerja Aliya lah yang kena basuh membasuh ni. Basuh pinggan la. Kalau suruh basuh otak dorang pun boleh, biar bersih sikit mentaliti tu.

Lima tahun berada dirumah ini seakan berada di penjara. Banyak pantang larang dan kerja rumah yang kena selesaikan. Tapi dia bersyukur masih ada tempat tinggal.

___

Pagi pagi lagi Cik Nah dengan anak anak dia keluar pergi beli barang dapur katanya. Cuma Im sahaja yang tak ikut. Dia ke rumah kawan dia ada study group.

Penyodok disandarkan ke dinding. Penyapu digantung pada paku. Aliya mengeliat bunyi letup keluar dari pinggang memberi sedikit kelegaan. Dia tengok jam. Tepat pukul 12. MasyaAllah patutlah, dari sembilan pagi buat kerja rumah sampai nak jeling jam pun tak sempat.

Cepat cepat bakul baju dicapai di tepi mesin basuh dan keluarkan baju. Sudah seperti rutin. Baju dikeluarkan satu persatu supaya tidak bergumpal dan senang ditarik ketika menyidai. Disebabkan pinggang dah sakit, dia tolak sahaja bakul yang berat itu ke pintu hadapan. Pakai tudung basahan dan keluar semula untuk jemur pakaian yang dikeluarkan tadi.

Selesai baju terakhir disangkut pada ampaian Aliya menolak ampaian ke tempat panas. Sedang dia berjalan menuju ke pintu rumah, dia terdengar ada sebuah kereta berhenti di hadapan pagar. Kepalanya pandang sekilas dan terus lari masuk ke dalam rumah dan kunci pintu.

Aliya intai dari tingkap dan menyorok sikit dibelakang langsir. Ada empat orang lelaki berdiri di hadapan pagar itu sambil memerhati sekeliling rumah. Ketika matanya seakan tepat kearahnya, segera dia tutup langsir dengan laju. Jantung tak usah dikata laju macam baru lepas lari pecut.

Dada diurut sedikit supaya tenang. Sungguh dia sangat takut, rasa tak sedap hati. Kemudian dia intai semula di tingkap. Hati kata jangan. Otak yang degil suruh intai juga. Aliya selak langsir sedikit. Kereta dan empat orang lelaki tadi sudah tiada.

Yang tinggal hanyalah. Tiga ekor bangkai ayam yang berselerak bulunya di porch kereta dan cecair merah yang berselerakan di lantai dan di dinding.  Aliya rasa mungkin itu ialah darah.

Bila dia buka pintu semula. Bau busuk terus menusuk hidung. Tangan terus refleks memicit hidung.

Pelbagai soalan mengasak dalam fikiran. Siapa mereka? Apa mereka nak sampai buat macam ni?

Kemudian satu kereta hitam berdesup lalu di depan rumah membuatkan Aliya tutup pintu semula dan lari menuju ke bilik. Dia takut.

Garis Antara KitaWhere stories live. Discover now