tiga

7 0 0
                                    

Sebaik sahaja bekal dimasukkan ke dalam beg, Aliya terus memakai kasut dan mula berjalan. Tina dan Lisya selalunya keluar rumah lambat sedikit, pergi sekolah pun si pakwe Tina yang hantar selama ni.

Aliya baru tahu sejak lihat muka pakwe Tina tempoh hari. Baru terungkai persoalan dibenaknya siapakah jejaka yang rajin menghantar Tina dan Lisya ke sekolah itu? Eceh.

Im pula tinggal di asrama sekolahnya.

Aliya sahajalah yang gigih jalan kaki seorang diri pagi pagi sebelum pukul tujuh ni. Langit pun masih biru gelap. Bak kata omputeh, a stone throw gitu. Puih campak batu dari rumah Cik Nah pun tak sampai la lima buah rumah batu tu pergi, a stone throw konon. Pigidahhh.

Kaki yang masih belum sembuh terhenjut henjut menuju ke kelas di tingkat dua. Kemudian Aliya duduk sebentar di tempat duduknya untuk hilangkan penat. Dalam kelas hanya ada beberapa orang sahaja. Aliya menegur Nina yang sedang menyapu sampah.

"Err Nina, harini ada cikgu yang tak masuk kelas ke?" Aliya menyoal.

" Urm, tak sure laa weh sebab semalam dalam grup whatsapp takde makluman apa apa. Rasanya semua ada harini. " Ujar Nina

'Aduh, mesti cikgu Maimun ada, latihan yang dia bagi aku tak siap lagi ni.' ujar Aliya dalam hati kerisauan.

"Ohh okay okay." Aliya senyum pada Nina kemudian bangun dan berlalu ke tandas.

____

Keluar je tandas dia terus basuh tangan dan muka. Kepala merangka lepas masuk kelas ni nak siapkan kerja sains yang tinggal sikit lagi. Malam tadi tertidur punya pasal sebab urut kaki ha, ingat bangun pagi elok la sikit, sekali, sama je sakitnya, tak berkurang pun huhu.

Aliya membuka zip beg untuk mengeluarkan pencil box, dan buku latihan sains.

'mana pergi buku ni? Tertinggal ke? Takkan lah, dia sendiri masukkan dalam beg pagi tadi' bebelnya dalam hati, tangan masih ligat membelek isi beg mana tau terselit selit ke. Tapi malangnya tiada juga. Mula lah rasa nak menjerit ni !

____

Loceng tanda waktu rehat berbunyi nyaring. Selepas mengucapkan terima kasih beramai ramai, cikgu keluar. Aliya yang berdiri terus duduk sambil mengeluh berat.

Lepas rehat waktu sains tapi bukunya masih missing in action. Walaupun hanya tinggal dua soalan sahaja yang dia masih belum siap. Tapi dia rasa tak sedap hati kalau tak siapkan kerja rumah yang telah diberikan. Walaupun soalan itu susah, dan dia tahu jawapan dia salah, dia tetap akan isi ruangan jawapan.

'Dan sekarang ni, mana buku akuuu hwaaa!!' Aliya mengeluh dalam hati. Rasa nak menangis sahaja. Siapa yang tak kenal Cikgu Maimun memang garang, rasanya kalau jawatan Ketua Guru Disiplin itu bukan miliknya pun aku yakin dia memang semula jadi garang.

"Haihhhh" keluh Aliya sekali lagi. Berat.

"Panjang mengeluh cik kak?" Ada suara menegur Aliya dan Aliya pandang punca suara tersebut. Anis. Kemudian Aliya pandang papan putih semula. Malas layan geng Lisa tu, tahu menyakitkan hati saja.
Baik fikir mana buku latihan sains nya hilang lagi bagus.

"Dia tak layan kita bhai.." Suara Anis memerli sambil ketawa kecil. Dia berkata dengan siapa lagi geng Lisa tu la.

"Woi pompuan, nah aku pinjam pagi tadi." Tiba tiba ada buku jatuh dari langit keatas meja Aliya. Aliya tenung buku tu.

Aliya alih kepala memandang Anis. Lisa dan Farra dibelakang Anis hanya senyap memerhati perbuatan Anis yang 'memulangkan' buku Aliya tadi.

"Kenapa tak minta izin saya dulu?"

Garis Antara KitaWhere stories live. Discover now