°Chapter 30°

1.3K 80 0
                                    

Aku nampak Hannah macam tak sihat, tapi aku try jugak tanya dia sihat ke tak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku nampak Hannah macam tak sihat, tapi aku try jugak tanya dia sihat ke tak.

"Hannah?kau sihat?"

"Buat apa kau nak tahu? Dan tak perlu tahu"kata dia. Aku terus tersenyap. Aku tahu time tu dia tengah sedih di sebabkan adik aku yang tahan dia waktu tu. Tapi, Hannah taktahu yang Rayqarl tu adik aku. Malah,  aku mendapat idea untuk menjawab pertanyaan Hannah.
"Kau kawan aku, maksud aku kita orang berempat, so ,kita orang mestilah bertanyakan khabar pada kau. Ye kan?"jawab aku. Hannah? Terus menoleh tempat lain. Lalu dia menyoal lagi-

"Kau ada adik Rayyan? Dan adik kau pengawas? Ye kan?" aku terdiam, aku memandang ke arah Faiq, Aaron dan Daniel. Taktahu nak cakap apa. Bila aku nak buka je mulut-

"Bangun kelas!" Cikgu PK masuk iaitu Cikgu Azliza. Sampai lah masa cikgu tu habis aku hanya memikirkan soalan yang Hannah soal. Macam mana aku nak cakap?

Aku tahu yang Hannah tak suka di tipu. Tapi belum tiba masanya sebab, bukan ramai yang kenal adik aku. Adik aku seorang yang garang walaupun kat rumah dia macam childish. Dekat sekolah watak dia lain gila. Macam Faiq, baran, beku,jarang cakap dengan perempuan. Dia tak pernah peduli pun pasal perempuan. Kecuali mama.

"Oi, jom lah rehat. Termenung apa lagi?" sergah Daniel. Aku sengih.

"Yelah, jom"aku berjalan seiring dengan rakan aku. Aku taktahu nak berbual apa dengan kawan aku, sebab sslalu nya Daniel ada je buat lawak bodoh tak masuk akal. Sekarang ni mood aku menguasai Aaron, Faiq dan Daniel. Tiga sekali gus takde mood. Haih, punca aku ke?

"Wei,  kau orang.."panggil aku. Daniel memandang ke arah aku. Faiq seperti tiada pergerakan dari mukanya yang ketat macam erghh tak tahu. Aaron toleh sekejap -

"Kau nak apa?" soal Aaron sepatah.

"Macam mana nak bagi tahu Hannah,pasal adik aku?" aku menyoal. Fikir aku nak buat sendiri je. Memandangkan kawan aku ada sedia dekat sini, aku dengan takde masalahnya ajak dia orang join sekali. Hek.

Sampai sahaja di kafeteria, aku Aaron,  Faiq dan Daniel duduk tempat biasa yang kami duduk. Selepas tu, Faiq bersuara-

"Kau takpayah kot bagi tahu. Sebab dia kan dah tahu? Alah, rileks lah,jangan risau sangat pasal ni"

Okay pertama, aku tak percaya Faiq yang cakap macam ini.

Kedua dia seorang yang pelik, kekadang okay, kekadang senyap, kekadang baran. He's got stress. Maybe problem family.

"Aaron, tolong belikan aku air" pinta Daniel seperti anak kecil yang haus. Aku dah menyampah tengok dia macam budak kecik!

"Ish, pemalas!"marah aku. Yelah kan, dekat rumah bermanja manja dengan aku. Dekat sekolah manja dengan Aaron. Homoseksual ke dia ni?

"Mana duitnya?" Aaron dah bangun sambil meminta duit pada Daniel.

"Nah" Daniel hulur duit not RM1

"Rm1? Mana cukup" kata Aaron. Hah sudah nak pau Daniel lah tu!

"Kau nak beli apa lagi? Aku suruh beli air mineral je, bukan burger bongok!" suaranya tinggi sedikit. Aaron mengjongket kening.

"Ouh, taknak ke upah aku sebagai tukang beli??"soal Aaron. Cikaiii punya Aaron. Dekah aku dalam hati.

"Siot je kau, larap lah duit aku bodoh"

"Ok"jawab Aaron pendek, terus berlalu pergi.

"Kau ni pun, nak belanja pun kedekut. Bukan mintak RM50 pun"kata aku. Yeah childish tapi kedekut Nauzubillah!

***

Masa rehat dah habis, aku Daniel, Aaron dan Faiq seperti biasa nak naik ke kelas tiba tiba -

Ups!

"Oh my gosh! My sosejjjj gan-"

Suara perempuan tu

"Raisya?" Panggil Aaron.

Tak sempat Raisya nak cakap, Aaron dah mencelah. Eleh baru sosej bukan hotdog. Eh?

"Eh, Aaron! You ni buat I terkejut je tau"Suara gedik minah ni membuat aku geli.

"Ergh, takpe dah blah aku nak masuk kelas" dengan dingin Aaron menolak lengan Raisya, yang sudah mula memegang tangan Aaron. Kau ni Raisya, buta ke? Aaron tu tak suka kau! Yang kau nak tergedik gedik dekat dia apahal?

"Jom guys,aku dah habis tengok drama seminit tadi" Daniel menyuara. Aku tersengih.

Masuk je kelas,  aku memandang ke arah Hannah. Aku nampak yang satu kelas mula pulaukan Hannah. Aku kesian kan dia tapi-

"-Kau pandang siapa?"tegur Faiq, dari tadi diam.

"Hannah"

"Kenapa dengan Hannah?"

"Kesian tengok dia"

Hanya jawapan pendek yang aku beri. Aku taktahu macam mana lagi nak pujuk Hannah supaya jadi macam dulu balik.

"Jom"ajak Faiq.

"Pergi mana?"

"Pergi hati Hannah"selamba Faiq, terus bangun menuju ke tempat Hannah. Aku tercengang, tapi aku hanya mengikut. Aaron diam membisu. Daniel seperti kanak kanak riang bermain dengan Iphone. Yelah, time belajar je tak boleh main.

"Faiq kau gila ke?" suara aku tinggi sedikit. Faiq tersengih sumbing. Yelah Faiq ni jarang pujuk perempuan. Entah ii ada chemistry kot!

"Buat bodoh jela. Aku nak pujuk je alamak kau ni, gelabah otak apahal?"kata Faiq.

"Taklah, aku pelik tu je"jawab aku.

Sampai je di tempat Hannah, Hannah mengerut kan kening nya. Tanda 'Ada apa'

"Kau orang nak apa?"Soal Hannah. Aku mengjongket kan bahu.

Seminit dua minit-

"-Aku tahu kau tengah sedih Hannah. Lepas ni jom??"Ajak Faiq. Hannah masih tak faham apa yang di katakan dengan Faiq.

"Angin takde ribut takde, tiba tiba jom? Kau ni demam ke? " Aku tahan gelak. Faiq muka steady je.

"Arghhh, susah nya cakap dengan budak lembab ni, jom lah nanti balik sesama, ajak si kawan baru kau tu, Luth eh?" Kata Faiq. Apa dia ni merepek? Balik sama sama? What the--

"Bukan kawan baru tapi kawan lama. Tak, yang aku pelik kenapa? Apa maksud kau?"masih dengan blur nya.

"Kita orang nak ajak kau pulang sama sama balik nanti. Kalau kau tak kisah" aku bersuara. Setelah itu barulah Hannah faham. Yang si Faiq, garu kepala tak gatal. Dia yang gelabah bukan aku. Bongok betul!

"Ouh okay, aku tak kisah. Tapi-"Hannah memandang keliling kelas.

"Oh, pasal ni ke? Takut kena buli? Takut dia orang ganggu kau?" soal aku. Aku tahu kalau aku ajak Hannah je mesti dia orang memandang Hannah dengan serong. "takpe kita orang sentiasa ada dengan kau"sambung aku lagi. Faiq mengangguk setuju.

"Kita pergi duduk dulu, ingat nanti lepas BM tunggu kita orang kat pintu pagar. Okay? "

"Erm tak menyusahkan ke? Lagipun aku boleh balik sendiri, sebab aku bawa kereta" ujar Hannah.

"Takpe kita orang follow dari belakang"celah Faiq. Lalu, aku, Hannah senyum.

"Baiklah"jawabnya pendek. Aku dengan Faiq duduk tempat aku sendiri.

"Kau orang bincang apa lama sangat? "

"Adalah---" malas nak melayan Daniel dia terus muncung tiga depa.


****

Sorryy late update! Idea aku kecundang. Hahah, thankyou for support! Thankyou juga vote! Iloveyou!

"Mylifesuck"

St George Highschool✔ [C]Where stories live. Discover now