MBB💝Part 12

25 3 2
                                    


Selepas habis sekolah...

"Annyeonggg.." Taehyung membuka pintu wad perlahan-lahan.Kelihatan Pn.Park yang sedang menyelimutkan Jimin.

"Teahyung..aunty nak bagitahu yang Jimin dah sedar tadi..dia ada tanya pasal Tae lepas tu dia tidur balik.

" Dia okey kan?"Tanya Taehyung.Pn.Park menganggukkan kepalanya."Tae tolong tengokkan dia ya? Kebetulan aunty ada urusan kat luar."Kata Pn.Park.Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.

Pn.Park sempat mengusap lembut kepala Jimin sebelum keluar dari wad.

Mata Taehyung memandang tepat balutan di kepala Jimin."Kesian kau Jimin..sebab aku,kau terpaksa lalui semua ni.."Kata Taehyung.Dia tergelak kecil.

"Kalau waktu kecil-kecil dulu..kaulah orang paling gelabah bila tengok aku injured...muka kau kalau gelabah dahlah kelakar..aku ingat lagi waktu tuu.."

Flashbackk...

"Hisy! Jimin ni jahatlah! Bagilah Tae mainan tuu!!"Taehyung mula merengek.Dia menarik mainan lori dari tangan Jimin.

" Yahhh!!!! Tae jahat ambil mainan Jimin!!!"Jerit Jimin.Pn.Park dan Pn.Kim yang sedang berbual terkejut mendengar jeritan Jimin.

"Jimin..bagilah Tae main sekali lori tu.." Kata Pn.Park."Tapi ni mainan Jimin.."Kata Jimin.Matanya mula berkaca.

"Jimin kan baik? Bagilah Tae main sekali.."Pujuk Pn.Park lagi.Jimin mengalah lalu memberikan lori itu pada Taehyung.

" Yeay! Dapat lori..Jimin tak boleh main.."Kata Taehyung sambil menjelirkan lidahnya."Tae jahat bagilah Jimin main sekali.."Mereka berdua berebutkan lori itu sekali lagi.

"Buruk siku! Dah bagi mana boleh ambil balik.." Kata Taehyung."Eeiiii bagilah lori Jimin!"Jimin menolak Taehyung sehingga jatuh.

Taehyung mula meraung kerana punggungnya sakit."Tae..Tae okey ke?"Jimin mula gelabah.

"Punggung Tae sakit!!!".
" Mianhei..Jimin tak sengaja..Mama!!!! Aunty!!! Tolong Taehyung.."Jimin menjerit memanggil mamanya.

.
.
.
.
.
.

"Tae okeylah..kenapa Jimin beria menangis ni?" Kata Taehyung."Jimin tolak Tae..Semua salah Jimin.."Kata Jimin.

FRIENDS💖|| VminWhere stories live. Discover now