Tengku Grey Irshad itulah aku .
Ini kisah aku .
Dari aku kecil sampai besar .
Deritaku....
Keluarga daddy aku tak suka kewujudanku dan menyeksa mental dan fizikalku....
Sejak kitaorang kemalangan
Bahagiaku...
Apabila mummy daddy aku masih hidup .
Da...
Sebulan dah bersekolah tibalah masa cuti sekolah tiba. Daddy dan mummy bercadang nak bawa aku pergi Cameron Highland. Kenapa Cameron Highland ? Bukan keluarga aku tak mampu nak bawa cuti ke luar negara tapi aku yang tak nak sebab dalam negara pun tak habis jelajah lagi.
Pagi itu, kami bersiap-siap nak pergi Cameron Highland. Kami semua dah bersiap menaiki kereta.
"Semua dah bawa. Tak ada yang tertinggalkan?" Tanya Tengku Amar pada isteri dan anaknya.
"Tak ada . Boleh la kita gerak bang." Kata Puan Serena pada suaminya.
"Yeay, tak sabarnya. Nak makan strawberi , rasa sejuk dan lain-lain." Kataku teruja.
Kereta Honda Civic yang dinaiki mereka mula keluar dari perkarangan rumah . Selepas 5 jam perjalanan akhirnya mereka sampai di Tanah Rata , Cameron Highland.
"Nak check in dulu ke ? " Tanya Tengku Amar.
"Check in dulu la bang. Boleh letak barang siap-siap sebelum pergi jalan sekejap lagi " Balas Puan Serena.
Tengku Amar hanya menganggukkan kepalanya sebagai persetujuan . Mereka keluar dari kereta setelah sampai di sebuah hotel.
Setelah meletakkan barang dan menyelesaikan apa yang patut . Mereka mencari tempat makan untuk menjamu selera .
Petang itu mereka ke taman yang bersebelahan padang dan berdekatan dengan sekolah-sekolah yang ada di Tanah Rata.
"Wah , cantiknya mummy daddy! Syad nak ambil gambar la . Jom la mummy daddy." Kataku dengan gembira.
Aku mengambil gambar kami sebagai kenangan.
Keesokkannya daddy membawa kami ke ladang teh . Tak silap aku ladang teh dari syarikat Boh. Pemandangannya sungguh cantik sehingga membuatkan aku terpukau dan terasa nyaman dengan udara dingin.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kami menikmati teh sambil melihat pemandangannya. Rupanya sebelum sampai tempat ni kami melalui perkampungan Orang India . Sebab orang yang petik daun teh tu diorang la.
Setelah itu kami memotretkan kenangan duduk di situ selama 3 jam .
Setelah itu kami pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan lain-lain.
Petangnya kami ke Cactus Valley yang terletak di Brincang .
"Wah , cantiknya . Mummy daddy jom la masuk" Kataku.
"Sabar kejap Shad . Daddy nak beli tiket dulu. Bagi saya 2 dewasa 1 kanak-kanak ye." Kata Tengku Amar.
Setelah selesai urusan jual beli tiket aku masuk bersama daddy dan mummyku.
Sebelum nak jumpa kaktus tu aku ternampak tangga yang cantik jadi aku mengajak mummy dan daddy bergambar. Rugi la kalau datang sini tak bergambar .
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku terpegun melihat kaktus yang pelbagai di situ. Yelah budak- budak kan.
Pemandangan di sini memang cantik dengan angin kencang lagi . Memang terbaik . Dah penat ambil gambar semua , Mummy ajak aku duduk di bangku manakala Daddy pula membeli aiskrim.
"Syad , mummy harap syad dapat jaga diri dan daddy kalau mummy tak ada nanti " Kata Puan Serena sayu.
"Asal Mummy cakap macam ni. Syad tak suka la. " Kataku lalu menggengam tangan mummy.
"Mummy tak boleh tinggal Syad dengan daddy . Syad sayang Mummy sangat-sangat . Jadi Mummy kena janji jangan tinggalkan kami. " Kataku sayu dan tanpa sedar air mataku jatuh.
"Ye mummy janji" Kata Puan Serena sambil mengesat air mata anaknya dan membiarkan air matanya merembes keluar.
"Ni dah kenapa dua-dua menangis ni?" Tanya Tengku Amar yang baru tiba dari membeli aiskrim .
"Tak ada apalah bang . Kitaorang tengok drama pendek dekat telefon ni je " Kata Puan Serena agar suaminya tidak syak yang bukan- bukan.
Tengku Amar hanya tersengih melihat gelagat anaknya dan isterinya. Kemudian dia menghulurkan aiskrim pada anaknya dan isterinya.
Mereka menikmati aiskrim tersebut dengan perasaan gembira.
Keesokkannya adalah hari terakhir mereka di Cameron Highland . Mummynya mengajak Daddynya untuk singgah di Kea Farm . Kebetulan sewaktu ingin membeli strawberi dan sayur-sayuran juga teh. Aku terlihat papan tanda Sheep Santuary . Jadi apa lagi aku mengajak Daddy dan Mummy masuk ke situ.
Daddy bersetuju dan kami pun masuk. Belum sempat kami turun ke kandang , biri-biri naik ke atas menghampiri kami. Aku tergelak suka melihat mummyku menyorok di belakang daddy . Aku apa lagi meletakkan makanan di telapak tangan dan beri biri-biri makan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku sentuh bulunya yang lembut macam karpet. Aku tersenyum suka dan tanpa aku sedari mummy menangkap gambarku.
Setelah 2 jam kami di situ , akhirnya kami berangkat pulang . Yela lusa daddy kerja tu yang kena balik.
Dalam perjalanan balik hujan turun dengan lebat dan kabus yang tebal mengehadkan penglihatan .
Daddyku memandu dengan berhati-hati. Malangnya ada sebuah kereta dari arah bertentangan membawa laju dan menuju ke arah keretaku. Lalu kedua-dua kereta bertembung .
"Abang..." Jerit Puan Serena.
Keretaku meluncur laju ke arah tebing dan jatuh menjunam sedangkan kereta yang melanggar kami melanggar sisi bukit .
Aku berasa takut dan cemas. Nasib menyebelahiku kerana kereta kami tidak terjatuh terlalu dalam .
"Mummy ... Daddy.... Syad sakit..." Kataku sambil memegang dahiku yang berdarah serta tangan sebelah kiri yang tidak dapat digerakkan.
Daddyku aku tatap sayu kerana tiada sahutan darinya.
"Syad ...jaga diri baik-baik...jaga daddy..maafkan mummy ....sayang " Kata Puan Serena sebelum aku tidak sedarkan diri. Aku sempat melihat Mummy tersenyum ke arahku dengan separuh mukanya berdarah dan kakinya dihempap kereta.