bab 1

56 20 0
                                    

Vote and comment♥️

Aku bersiap-siap ke sekolah . Kemudian aku turun ke bawah .Aku lihat mummy sedang menuangkan air kopi untuk daddy.

"Mummy.. Daddy..." Panggilku manja.

"Dah siap dah anak mummy ni . Duduk makan mi goreng ." Kata Puan Serena sambil mencedok mi goreng ke dalam pinggan lalu diletakkan berhadapan anaknya.

"Terima kasih ,mummy." Kataku lalu mula membaca doa kemudian terus melahap mi goreng itu seperti tidak makan sebulan .' Still baju tak kotor okay?' Kataku pada pembaca . Mana tau kan korang ingat aku dh comet dengan sos dari mi goreng ni🤭.

"Ish , Shad cuba makan elok-elok sedikit.Tengok anak awak ni Rena , Makan macam dah sebulan tak makan. Daddy tunggu kat luar." Kata Tengku Amar lalu segera ke keretanya di luar rumah . Dia juga menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya menjamu selera. Tapi dia tercuit juga dengan teletah anaknya . Kalau tiada anaknya sunyilah hidup mereka berdua.

Puan Serena hanya tersenyum melihat anaknya.

"Mummy , jaga diri baik-baik .Jangan nakal-nakal tau." Kataku kepada mummy lalu menyalami tangan Puan Serena dan mencium pipinya .

Aku segera menaiki kereta lalu daddy menghantarku ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah aku menyalami tangan daddy dan mencium pipinya.

Aku segera ke kelas 5 Zamrud kerana lagi 5 minit loceng akan berbunyi.

Sampai sahaja kelas kawanku menegur.

"Lambat sampai harini" Kata Tengku Adrian kepadanya.

Ya ,Tengku Adrian bin Tengku Azri adalah satu-satunya sahabat baiknya sejak tadika .Dia yang paling memahami perangai Tengku Grey Irshad ini . Yang paling penting tahu mengenai keluarga daddynya yang tidak menyukainya. Tengku Adrian merupakan anak kepada kawan baik daddynya. Setiap kali cuti sekolah pasti dia akan ke rumah Adrian atau bercuti bersama. Mereka bagai adik-beradik. Biasalah mereka berdua anak tunggal.

"Makan mi goreng tadi .hehehe" kataku tersengih sehingga menampakkan gigi.

Tengku Adrian hanya mengganggukan kepala . Malas nak cakap banyak. Dia dah masak sangat dengan perangai Tengku Grey Irshad ni bab makan masakan mummynya .

Tengku Grey Irshad duduk di tempatnya dalam masa yang sama cikgu sudah masuk dalam kelasnya.Sesi pelajaran berjalan seperti biasa.

Skip part sekolah.

Waktu sekolah sudah habis . Tengku Grey Irshad dan Tengku Adrian berjalan kaki pulang ke rumah . Rumah mereka hanya 2 km dari sekolah . Selalunya mereka datang dengan ibu bapa dan pulang berjalan kaki.

"Keluarga daddy kau masih layan mummy dan kau teruk ke waktu cuti sekolah ?"Tanya Tengku Adrian kepada sahabatnya.

"Macam biasa la . " Balasku.

-Flashback-

"Kau ni memang anak yang tak guna. Samalah macam ibu kau tu. Pinggan ni aku beli kat Jerman tau tak? Kau ada duit ke nak ganti?" Jerkah Tengku Asmah iaitu neneknya setelah dia dituduh pecahkan pinggan sedangkan pelakunya adalah Tengku Emir iaitu sepupunya.

Tak cukup dengan itu neneknya menibainya dengan tali pinggang di tangannya. Pada waktu yang sama mummynya datang lalu menghalang perbuatan ibu mertuanya.

"Ya Allah, bonda . Berhenti Irshad masih budak . Lagipun itu bukan salahnya " Kata Puan Serena.

Tengku Asmah berhenti dan merengus . Kemudian dia berlalu ke biliknya.

-End flashback-

" Kau tak nak bagitahu daddy kau pasal hal ni ke? Aku kesian tengok kau . Kalau kau balik dari rumah tu mesti tangan kau berbekas . Nasib kau pakai lengan panjang pergi sekolah." Kata Tengku Adrian sambil tersenyum hambar mengingati saat pertama kali Tengku Grey Irshad terkantoi dengannya apabila dia terlihat garisan panjang merah di tangan sahabatnya itu.

"Tak boleh lagipun aku dah janji dengan mummy supaya tak bagitahu daddy. Lagipun mummy aku ajar kita kena banyak bersabar. Mungkin satu hari nanti diorang akan terima mummy aku dan aku ." Kataku sambil tersenyum hambar.

Inilah yang Tengku Adrian sangat tabik kepada sahabatnya itu. Mereka baru berumur 11 tahun tapi kawannya itu nampak sudah matang.

Tengku Adrian terus menukar topik perbualan mereka sehingga mereka tiba di rumah masing-masing. Rumah mereka hanya selang beberapa rumah sahaja.Mereka menyalami tangan masing-masing sebelum masuk ke rumah.

Bersambung.....

T͎e͎n͎g͎k͎u͎ G͎r͎e͎y͎ I͎r͎s͎h͎a͎d͎ ( OG)Where stories live. Discover now