Sorry lama tak update
Vote and comment ♥️Hari ini dah mula sesi persekolahan bermakna dah tahun baru.Aku berjalan kaki ke sekolah . Hanya memerlukan 20 minit jika berjalan kaki.
Semasa tiba di sekolah , aku bergerak ke kelas aku yang baru iaitu 6 Zamrud. Jam yang aku tilik baru menunjukkan pukul 7 . Rakan baik aku yang baru memasuki kelas menghampiriku lalu memeluk aku .
"Wei, rindu gila dengan kau . Kau okay tak ? Hari itu aku dapat tahu mummy kau meninggal. Sorry aku tak ada masa kau sedih . " Kata Tengku Adrian.
Aku hanya membalas pelukannya.
"Aku datang masa daddy kau kahwin. Aku tak nampak pun kau . Daddy aku cakap daddy kau lupa ingatan . Kau pun dia tak ingat . Seriuslah?" Kata Tengku Adrian dan ada terselit nada marah di dalamnya.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Tengku Adrian dah mengepal penumbuk."Susah-susah sangat kau duduk rumah aku je la . Aku dah bincang dengan mama dan papa . Diorang okay je ." Tawar Tengku Adrian padaku.
Aku hanya gelengkan kepala sebagai jawapan . Terus keluhan berat keluar dari mulut Tengku Adrian.
.................
Balik sekolah , Tengku Adrian mahu tumpangkan aku tetapi aku tolak . Aku tak mahu menyusahkan dia . Teringat pulak kata-kata Tokma padaku waktu aku berumur 8 tahun.
~ Flashback ~
Aku sedang bermain bola di halaman rumah keluarga daddy. Daddy dan Mummy keluar sebentar nak ambil baju . Jadi aku tinggal rumah bersama Tokma.
Sedang sibuk aku menendang bola tanpa aku sedar bola yang ditendang menuju ke arah pasu kesayangan Tokma di meja di halaman rumah.
Aku terkedu melihat pasu kesayangan Tokma yang sudah berderai terkena bolaku. Dalam masa yang sama sepupu aku Tengku Kyle Raihana ada di situ . Apalagi terus dia menjerit memanggil Tokma. Aku hanya terpaku di situ .
Tokma muncul dengan wajah masam selepas melihat aku turut ada di situ.
"Kau ni dah kenapa terjerit-jerit tak padan dengan perempuan.Hah ke...." Berubah terus wajah Tokma selepas melihat pasu kesayangannya berkecai dan bertaburan di atas meja.
Mata Tokma terus merenung aku dengan renungan tajam setajam mata pedang. Aku dah gelisah tapi cuba kawal riak muka.
"Kau kan yang buat ? Tak payah bagitahu aku pun aku dah tahu siapa yang buat. Mana ada cucu aku yang menyusahkan aku. Kau je la . Memang anak tak guna la kau ni macam mak kau! Dua-dua sama !" Tokma bercakap dengan nada yang sinis lalu menghampiri aku dan menunjal kepalaku. Aku hanya membiarkan.
Tengku Raihana Kyle melihatku dengan muka simpati. Aku benci tengok muka dia seolah-olah dia simpati terhadapku tetapi dia suka sebenarnya.
"Tokma dah la . Bukan Grey yang buat . Kyle yang buat . Please jangan hukum Grey." Kata Tengku Raihana Kyle dengan nada simpati.
Automatik Tokma berhenti menunjal kepalaku lalu menarik Tengku Raihana Kyle ke dalam rumah setelah memberi arahan kepadaku untuk mengemas pasu yang pecah.
~End flashback~
Aku mengeluh . Sejak itu aku benci dengan Tokma , Tengku Amira , Tengku Sofia dan Tengku Raihana Kyle.
Bersambung......
![](https://img.wattpad.com/cover/225336601-288-k209423.jpg)
YOU ARE READING
T͎e͎n͎g͎k͎u͎ G͎r͎e͎y͎ I͎r͎s͎h͎a͎d͎ ( OG)
RomanceTengku Grey Irshad itulah aku . Ini kisah aku . Dari aku kecil sampai besar . Deritaku.... Keluarga daddy aku tak suka kewujudanku dan menyeksa mental dan fizikalku.... Sejak kitaorang kemalangan Bahagiaku... Apabila mummy daddy aku masih hidup . Da...