bab 6

12 2 0
                                    

Dah setahun daddy aku kahwin dengan Tengku Sofia.Hemm dan setahun jugak aku gembira semula  dalam rumah ni .Tapi aku mampu menarik nafas lega sebab aku tak lagi tinggal dengan keluarga daddyku. Oh lupa pulak nak cakap pasal daddy aku .

Aku tak tahu la daddy aku ingat aku ke tak tetapi dia tetap layan aku dengan baik. Masa pindah rumah selepas sebulan daddy aku kahwin dengan Tengku Sofia , daddy aku la ajak . Tokma dengan Auntie Mira larang sekeras-kerasnya aku ikut . Tapi daddy cakap dia dah tahu aku anak dia cuma dia tak ingat aku . Aku bersyukur sangat masa itu.

Tengku Sofia pulak ...

"Ehemm...buat apa tu ? " Tegur Tengku Amar mematikan lamunanku tadi .

Aku menoleh ke arah daddyku dengan senyuman.

"Nanti mesti daddy rindu Syad. Syad dah nak masuk asrama ." Sayu sekali suara Tengku Amar menutur kata.

"Daddy jangan la sedih. Nanti cuti Syad balik la . Lagipun daddy boleh je lawat Syad dua minggu sekali. " Kataku lalu duduk di sebelah Tengku Amar di bangku halaman rumah.

Tengku Amar tersenyum lalu membelai kepalaku lembut .

Tiba-tiba Tengku Sofia menghampiri kami dengan senyuman.

"Sayang buat apa ni jalan-jalan. Kan perut dah besar tu. Nak apa-apa panggil je la abang . " Kata Tengku Amar lalu menghampiri Tengku Sofia .

"Sayang bosan duduk kat dalam . Tengok abang dengan Syad berbual-bual sayang pun nak jugak. Nanti Syad dah pergi asrama saya pun rindu dia " Keluh Tengku Sofia lalu membelai rambutku lembut .

Aku hanya tersenyum pandang Tengku Sofia. Bila aku tengok Tengku Sofia mesti aku teringatkan mummyku .
Apa-apa pun Tengku Sofia dah aku anggap seperti ibuku sendiri .

Sempat juga aku benci dirinya kerana kahwin dengan daddy aku . Tapi atas layanan baik ibu pada aku . Aku mula lembutkan hati untuk terimanya.

"Ibu jangan la sedih . Nanti Syad balik la time cuti." Kataku sambil tersenyum manis.

Tengku Sofia tersenyum manis mendengar kata-kata aku . Kami menikmati petang itu dengan gelak ketawa kami bertiga bergurau senda.

........................

Tibalah hari aku ke sekolah berasrama . Nama sekolah ni Silver Axlyn Highschool . Dari nama pun mesti korang rasa ni sekolah orang berada kan? Tapi memang betul pun.

Pukul 8 kami dah bertolak . Dalam sejam kami tiba dan daddy meletakkan kereta di hadapan sekolah .

Daddy aku menghantar aku di depan sekolah . Aku apa lagi terus bawa keluar barang . Bukan banyak pun satu beg roda , satu beg galas dan baldi yang mempunyai barang di dalamnya.

Aku menyalami tangan daddy aku lalu meminta izin untuk masuk . Daddy aku mengusap kepalaku lembut lalu menayangkan senyuman manis.

Aku tersenyum hambar lalu melangkah masuk ke kawasan sekolah.

Tiba-tiba Tengku Adrian menepuk bahuku. Aku tidak mengendahkannya dan terus melangkah ke pejabat .

Setelah selesai urusanku di pejabat aku disajikan dengan wajah cemberut dari Tengku Adrian. Aku hampir ketawa melihat keletahnya dengan tangan didepakan dan mulut dimuncungkan.

"Dah la Adrian ku sayang . Jangan majuk sama abang . Mari sini abang peluk ." Kataku sambil mendepakan tangan.

"Eiiiuu apa kau ni . Geli la. " Kata Tengku Adrian sambil membuat muka geli . Aku ketawa dan terpampanglah wajah meluat menghiasi wajahnya.

Akhirnya kami ketawa bersama-sama dan Tengku Adrian membawa aku ke asrama yang akan aku tinggal . Kata Adrian aku dengannya tidak sebilik .

Kerana satu bilik ada 4 orang tetapi Tengku Adrian hanya   bersebelahan bilikku sahaja . Aku masuk ke bilik seraya Tengku Adrian meminta diri ke biliknya.

Penghuni di bilik ini memandangku tanpa berkelip sejurus aku membuka pintu.

"Hai , kau mesti roommate kitaorang yang terakhir ." Sapa seorang lelaki yang matanya sepet dengan loghat cina. .

"Hai, selamat datang . Nama saya Assad. Dan yang tadi tu Chris. Yang kat katil tu Zack ."Ujar lelaki yang memakai cermin mata pula.

Aku tersenyum seraya menyapa mereka.
"Aku Irshad. Selamat berkenalan. "

Setelah itu kami membuat kerja masing-masing . Selesai aku mengemas . Terus aku rebahkan badan ke katilku kerana penat.

Zack memandangku seolah-olah ingin bertanya sesuatu.

"Cakap la . " Kataku.

Sejurus itu Zack terus.....

Baam....Baam...

Bersambung....

Korang rasa apa yang jadi 😱😱😱
Btw author nak guna Tengku Adrian jadi Adrian je tau penatla nak taip Tengku tu .🤭.

T͎e͎n͎g͎k͎u͎ G͎r͎e͎y͎ I͎r͎s͎h͎a͎d͎ ( OG)Where stories live. Discover now