Bab 3

30 13 0
                                    

Vote and comment ♥️
Buka lagu kat atas.

Tengku Amar sedar dari pengsan . Dia melihat dia berada di hospital dengan kakinya berbalut dan dahinya bertampal plaster. Segera dia mengingati kejadian yang menimpanya. Tiada satu pun yang dia ingat . Dia menuangkan air ke gelas lalu meneguknya rakus bagi menghilangkan rasa kering di tekaknya .

Tiba-tiba ada seorang nurse datang ke arahya bersama seorang doktor.

" Tengku okay ? Ada sakit kat mana-mana tak ? " Tanya doktor tersebut .

Tengku Amar hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan .

" Kalau macam tu saya tanya Tengku jawab boleh ? " Kata doktor itu lagi.

Tengku Amar hanya menganggukkan kepalanya.

"Tengku ingat nama Tengku? Umur Tengku? Keluarga? " Tanya doktor itu lagi.

"Nama saya Tengku Amar bin Tengku Manaf. Umur saya 25 tahun kan doktor? Keluarga saya ...Tengku Deena ..Tengku Manaf ..dan Tengku Amira tu je la." Kata Tengku Amar.

Doktor itu hanya menganggukkan kepalanya lalu melihat perkara yang dicatat oleh jururawat disebelahnya .

"Kalau macam tu Tengku boleh rehat dulu . Esok Tengku dah boleh balik. Nanti saya beritahu Tengku Manaf." Kata doktor tersebut lalu keluar bersama jururawat .

Tengku Amar sandarkan badannya pada katil lalu memejamkan mata.

..............

Sudah sebulan Tengku Amar koma dan sebulan juga Selena Axlyn meninggalkan dunia . Sekarang aku sedang berkurung di bilik.

"Daddy bangun la cepat . Daddy tak kesian kat Shad ke ? Tokma dan Auntie Mira jahat dengan Shad ..Mummy kenapa tinggalkan Shad.. " Tangis aku.

Tiba - tiba pintu bilikku dibuka dan terpampanglah wajah Auntie Mira.

"Kau buat apa kat sini? Aku suruh kau basuh baju kan tadi . Ni dalam bilik ni buat apa?? Mengelat je kerja kau . " Tengking Tengku Amira lalu menarik telingaku lalu bergerak keluar ke dapur.

Bilik aku sebelah dengan dapur je. Sebenarnya itu bukan bilik tidur tapi bilik stor.

"Auntie , lepaskan hiks..sakit... Syad dah buat tadi.." Rintihku.

Tengku Amira terus menolak tubuh aku sehingga terkena bucu kabinet dapur . Habis darah dahiku.
Tengku Amira hanya tersenyum sinis.

"Kau masak sekarang. Aku nak pukul 12 sekejap lagi dah siap . Kalau tak aku pukul kau malam nanti . Jangan panggil aku auntie but Tengku . Faham??" Gertak Tengku Amira lalu ke luar rumah.

Aku hanya menganggukkan kepala.Nasib la sewaktu umur dia 7 tahun dia minat nak memasak dan Selena Axlyn mengajarnya . Berkat ajaran ibunya waktu umur dia 9 tahun sudah pandai memasak.

Aku melihat jam yang berada di dapur. Sudah pukul 10 pagi . Ada lagi 2jam . Segera aku mengeluarkan barang-barang untuk aku guna.

Aku bercadang mahu memasak sup ayam , ikan masak sambal dan sayur kailan ikan masin.

Aku mengupas bawang dan menghirisnya. Seterusnya menyediakan bahan-bahan yang lain.

Setelah berperang di dapur selama sejam setengah . Makanan siap dihidang di atas meja. Minuman dibancuh dan meja siap diletakkan lauk, pinggan dan gelas serta sudu dan garfu.

Segera aku memanggil Tengku Amira dan anaknya , Tengku Adira. Nasib Tengku Deena , Tengku Manaf dan suami mak saudaranya ini tiada di rumah.

Aku segera memasuki bilik setelah mengemas dapur dan sempat tersenyum pada Mak Jah yang baru memasuki dapur . Mak Jah ni baik orangnya. Dia tak boleh nak tolong aku sebab dia dah diugut oleh Tengku Amira dan Tengku Deena. Macam mana aku tahu . Aku dengar diorang ugut Mak Jah.

...............

"Kenapa abang saya tak ingat doktor ?" Tanya Tengku Amira pada doktor yang merawat abangnya.

"Tengku Amar sebenarnya mengalami hentakan kuat pada kepalanya menyebabkan dia hilang ingatan. Dia hanya ingat perkara 12 tahun yang lalu. "  Terang doktor tersebut kepada
Tengku Amira .

"Ada kemungkinan ke abang saya boleh sembuh semula? " Soal Tengku Amira lagi.

"Kemungkinan untuk sembuh bergantung pada pesakit . Kalau dia kuat , dia akan sembuh dengan cepat. Saya minta diri dulu." Balas doktor tersebut lalu beredar ke pesakit yang lain.

Tengku Amira hanya tersenyum sinis lalu menelefon Tengku Deena.

"Hello..ma ..Rancangan kita berjaya."

Setelah selesai Tengku Amira berlalu keluar dari hospital itu.

.................

Aku gembira sebab hari ini daddy aku dah boleh pulang dari hospital . Tak sabar aku nak ajak daddy balik rumah kami semula.

Sekarang ini aku sedang menyediakan lauk yang dipesan oleh Tengku Deena sebelum beliau berlalu ke hospital.

Aku meletakkan hidangan terakhir di atas meja . Ada ayam goreng , ikan bakar , sotong goreng tepung , tomyam dan ketam masak lemak.

Hanya ketam masak lemak yang Mak Jah masak kerana masakan Mak Jah adalah yang tersedap sekali kalau masak lemak ni .

Tiba-tiba aku terdengar kereta Honda Civic masuk ke perkarangan rumah. Aku segera menghampiri pintu.

Tengku Amar keluar dari kereta setelah dibuka pintu oleh adiknya.
Dia memakai tongkat dan masuk ke rumah .

"Daddy ..Shad rindu daddy" Kataku lalu memeluknya di hadapan pintu.

Tengku Amar terkaku. Tengku Amira yang melihatnya menjulingkan mata tanda meluat dan segera melepaskan pelukan tersebut.

Tengku Amira menarik lenganku ke dapur manakala Tengku Amar hanya memandang.

"Hey , budak !! Tak payah nak panggil dia daddy . Mulai sekarang Tengku Amar bukan daddy kau faham!! Kau panggil dia Tengku . Lagipun dia tak ingat kau dan mummy kau yang sial tu. Jangan nak ngada-ngada nak peluk dia . Kalau aku tahu kau dekat dengan dia, siap kau .Dah pergi hidang air . " Tengking Tengku Amira lalu berlalu ke ruang tamu.

Selesai hidang air , aku masuk ke bilik.

"Huuuu .. mummy ..daddy dah tak ingat Shad.. Shad tak nak duduk sini..." Tangis aku sehingga terlelap.






Bersambung...

T͎e͎n͎g͎k͎u͎ G͎r͎e͎y͎ I͎r͎s͎h͎a͎d͎ ( OG)Where stories live. Discover now