Part 27

123 9 4
                                        

Di dalam bangunan usang........

Y/n pov

Tiba2 y/n pun tersedar daripada pengsan.Badannya terasa sakit dan kepalanya masih terasa pening sedikit. Dia pun cuba untuk melihat dengan jelas di mana dia berada sekarang . Dia terkejut apabila dia berada di dalam sebuah bangunan yang ternampak usang dan gelap. Dia pun cuba untuk bergerak tetapi terbantut apabila dia baru sedar bahawa tangan dan kakinya sudah terikat pada sebuah kerusi. 

" aish! tak guna! " kata ku.

Aku mengeluh panjang.

'Mcm mana boleh jadi mcm ni?! Setahu aku tadi , aku berada di kafe dan sedang menunggu secret admirer aku sampai sambil minum air'

Y/n pun cuba untuk mengingati perkara yang terjadi sebelum kejadian ini.

'Dia sedang meminum airnya dan tiba2 penglihatannya menjadi kabur dan kepalanya terasa berpusing tetapi dia dapat menangkap suara seseorang dengan jelas sebelum dia pengsan'

"Jihoon!"sedar ku.

'Jadi dialah secret admirer aku dan dialah yang menculik aku dan bawa aku ke sini!?'

Y/n seperti tidak percaya akan apa yang terjadi.Dia berasa sangat terkejut dan perasaan takut mula menyelubungi dirinya.

'Aku perlu keluar dari tempat ini .Aku perlu mencari jalan untuk keluar dari sini'

Y/n pun cuba untuk melepaskan dirinya dengan melonggarkan ikatan di tangannya.Walaupun sukar dan mengambil masa yang lama untuk melonggarkan tali itu tetapi y/n dapat juga melepaskan ikatan di tangannya.Dia pun membuka tali ikatan di kakinya ,apabila sudah berjaya dia pun terus berlari ke arah pintu keluar itu tetapi tidak boleh dibuka.Pintu itu berkunci di luar.

Y/n pun menjerit dari dalam bangunan itu .

"Tolong!!!!!"

" Tolong!!!!! Ada sesiapa tak!!!"

"Tolong!!!!!!! Sesiapa di luar tolong selamatkan saya!!!!"

Sambil menjerit y/n turut mengetuk pintu tersebut agar boleh menarik perhatian sesiapa yang mendengar.Selepas beberapa kali cubaan dalam meminta pertolongan , apakan daya suara jeritannya tidak didengari oleh sesiapa pun. Dia mula jatuh rebah.

'Apa aku nak buat sekarang ? Tak ada sapa pun yang boleh datang selamatkan aku .Adakah ini riwayat terakhir aku?'

Air mata pun mula menitis sedikit demi sedikit mengalir di pipi y/n .Y/n duduk dan memeluk dirinya sambil menundukkan kepalanya dalam tangisan.

Tiba2 pintu bangunan itu didengari terbuka dari luar. Bunyi tapak kaki  didengari semakin mendekati ke arahnya. Y/n pun menaikkan wajahnya dan melihat gerangan orang yang berjalan melalui pintu tersebut. Matanya terus memandang gerangan orang itu dengan perasaan marah dan memandang tajam ke arahnya.

"Y/n" panggil jihoon.

"Dah sedar? Nyenyak tak tido tadi? Mian oppa tinggalkan chagi sorang2 kat dlam ni"kata Jihoon sambil tersenyum.

Jihoon mendekati y/n dan cuba untuk mengusap pipinya tetapi ditepis oleh y/n.

" KAU NAK APE HAH DARI AKU?! ASAL KAU CULIK AKU HAH!"jerit ku.

"Kau rasa? Mestilah sebab aku sayang kau tu sebab aku tak boleh nak lepaskan kau  y/n"kata Jihoon sambil tersenyum jahat.

"YOUR MINE!"kata Jihoon sambil menarik rambut y/n dengan kasar.

Y/n cuba untuk melepaskan genggaman Jihoon tetapi tidak berdaya.Jihoon pun melepaskan genggamannya dan melihat wajah y/n dengan penuh kasihan.

"Mianhae chagi sebab oppa tarik rambut y/n tadi ,kalau y/n tak melawan mesti oppa tak marah" kata Jihoon mengusap rambut y/n lembut.

Seven StepbrothersWhere stories live. Discover now