Hari pertama. Suasana pilu menyelubungi rumahku. Setiap ruang dipenuhi saudara-mara, rakan taulan dan kenalan yang rapat denganku. Malahan ada yang aku tidak kenal atau lupa siapa mereka. Sangat ramai.
Aku sangat gembira biarpun telah mati. Ramai yang datang bertandang sempena memberikan penghormatan terakhir buatku. Ada yang datang dari jauh dan dekat, ada juga yang mengambil cuti demi penghormatan kepadaku.
Aku bangga dengannya betapa ramai yang menziarahi majlis penghormatan terakhirku. Ya lah, masa hidupku aku sangat ramai kenalan dan sahabat. Malah aku sentiasa sedia membantu sesiapa saja yang memerlukan aku. Sebab itulah aku mudah dikenali kerana sifat ramah dan ringan tulangku.
Kematianku, menyebar ke merata tempat. Bagaikan aku seorang pernah hidup sebagai V.I.P. Sangat ramai yang mengunjungi. Ada juga di kalangan mereka yang tidak aku kenali. Aku tidak kisah dengan siapa mereka, apa yang ku bangga kini hanya seronoknya hati kerana begitu ramai yang menziarahi majlis itu.
Apalagi, aku melihat ramai yang menderma, ada yang RM50, RM100, malah ada beberapa yang menderma sampai RM500. Walaupun aku tidak dapat menggunakan wang itu. Ia yang sangat bernilai buat membantu isteri dan anak-anakku yang masih memerlukan.
Apa yang menyedihkan aku? apabila ku lihat wajah isteriku yang sangat sugul. Dia tidak berganjak pun dari tempat aku dibaringkan. Airmatanya bagaikan tidak mampu mengalir lagi. Sangat sayangnya isteri padaku. Begitu juga dengan anak perempuan sulungku yang masih tingkatan 4 tidak berganjak menemani ibunya.
YOU ARE READING
40 HARI KEMATIAN
SpiritualPara pembaca dinasihatkan tidak terbawa-bawa dengan kisah ini. Kerana ia adalah suatu rekaan semata-mata. 40 Hari Kematian mengisahkan roh si mati merayau melihat kehidupan sebelum dijemput ke tempat penantian.