Part 7: Kesuraman

29 5 0
                                    

Sesampai di rumah. Isteriku membersihkan diri. Selepas itu dia mendapatkan kedua-dua anak lelakiku. Dipeluknya erat keduanya bersama dengan tangisannya. Yang masih ada di rumah itu hanyalah saudara mara terdekat.

Lilin dinyalakan dan diletakkan berhampiran tempat keranda aku ditempatkan sebelum itu. Malam itu, sekali lagi mereka bersembahyang. Namun kali ini, hadirin tidak ramai. Terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangga.

Suasana suram. Sunyi sepi. Isteriku menyandar di dinding berdekatan api lilin. Sekali sekala dia menatapi foto yang diletakkan di sudut itu. Matanya jelas kelihatan ada lingkaran gelap. Dia tidak cukup tidur dan menangis semahunya sebelum ini. Terkadang dia termenung, dan tersenyum. Mungkin dia terusik dengan kenangan lucu bersamaku. Tapi lebih banyak yang situasi airmatanya mengalir.

Aku memang memerhatikannya, makan pula dia hanya sekadar tidak mahu perutnya kosong. Seleranya langsung terganggu. Sama seperti anak perempuanku. Namun dia yang selalu memujuk ibunya makan. Mereka berdua memang rapat, walaupun anak perempuannya selalu bertekak dengannya. Hanya dia juga yang paling mengerti perasaan ibunya kini.

Aku dan isteriku bukanlah tidak pernah bergaduh. Malahan hari-hari kami bertekak. Tapi, aku tidak pernah ambil hati pun. Kerana aku tahu, walaupun mulut dia bising, tapi dia tetap menyayangi kami sekeluarga seadanya.

Kalau mula perkahwinan dulu, orangnya adalah pendiam. Tapi selepas ada anak dialah paling bising di rumah. Biarpun begitu, aku faham situasinya yang mengerah anak-anak mandi, belajar dan untuk turun ke meja makan sekalipun.

Bagi kami berdua pula, kasih sayang itu masing-masing tahu didalamnya bagaimana. Aku pula selalu menyakatnya supaya tersenyum semasa dia tengah menjadi singa. Selalunya sakatanku dan anak-anak berjaya. Dan sekarang dia pasti merindui pujuk rayu ku padanya

40 HARI KEMATIANWhere stories live. Discover now