Majlis penghormatan diteruskan sehingga ke malam. Saudara mara, rakan taulan dan kenalan tidak putus-putus datang memberi penghormatan.
Malam itu, aku merayau di sekitar rumah. Ingin bersama-sama mereka yang ada di situ. Ada yang sibuk di dapur, ada membantu apa yang patut. Selainnya, duduk dan bersembang.
Aku agak tertarik dengan sekelompok rakan-rakanku yang duduk di suatu sudut sedang rancak bersembang. Apalagi aku pun cuba dengar perbualan mereka. Mereka mengimbas kenangan bersamaku semasa aku masih hidup. Ada yang kata aku ni baik, ada yang memuji, malah ada yang geli hati dengan kenakalanku dulu. Mereka sangat simpati dengan pemergianku. Namun, lama-kelamaan topik tentangku bertukar kepada benda lain.
Aku cuba ke tempat lain, aku cuba dengar apa yang mereka perkatakan tentangku. Geng ini pula mengumpat tentangku. Mereka kata aku ini, aku itu, tapi mereka tak cakap kuat-kuat, cuma berbisik. Tapi semua nya jelas kedengaran bagi ku. Apa yang mereka perkatakan itu betul, ada juga yang tidak benar. Tapi aku tidak kesah dengan kata-kata mereka. Lagipun sudah berlalu.
Manakala, yang lain berada di luar rumah, ada beberapa kelompok kelihatan bersama dengan lilin yang dipacak empat penjuru bersama meja kecil yang dikelilingi para penjudi. Geng yang ini aku tau, ada yang ikhlas melawatku, ada yang niatnya hanya nak berjudi. Yang ini pun aku tak kesah, datangnya mereka membantu meramaikan lagi dan menjadikan malam itu lebih pendek.
Aku masih saksikan anak perempuan dan isteriku masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Mandi pun isteriku belum lagi. Dia terus setia di sampingku. Sedih aku melihat wajah sugulnya. Dibahunya ada tuala kecil yang sentiasa di situ digunakannya mengelap air matanya yang tidak mahu menitis lagi.
YOU ARE READING
40 HARI KEMATIAN
EspiritualPara pembaca dinasihatkan tidak terbawa-bawa dengan kisah ini. Kerana ia adalah suatu rekaan semata-mata. 40 Hari Kematian mengisahkan roh si mati merayau melihat kehidupan sebelum dijemput ke tempat penantian.