" eomma,jae dah pulang ~ "
Jae ni membuka kasut sekolahnya lalu dilempar merata-rata. Ni kalau mak dia nampak ni , habis kena setepek.
Nota kecil di atas meja di baca perlahan.
" Dear jae , kalau kamu baca ni bermaksud- "
Jae mengesat matanya . Hatinya berdebar - debar. Apa ni eomma , eomma nak tinggalkan jae ke..
" Baca sampai habis dulu lah maemunah !! Hah ni lah perangai suka potong citer .. "
Jae : ¯\_( ͡° ͜ʖ ͡°)_/¯
" Kalau kamu baca nota ni bermaksud eomma tengah dating ngan jiran sebelah . Sesi icebreaking kata nya. Dah , gi sana beli makanan kat 7 eleven . Xoxo , eomma mu . "
" Rasa cam nak lahap clorox 5 liter pulak .. duit pun tak tinggal mana aku nak beli makanan eomma oi ~ "
Dia menapak ke biliknya .
" Aing ~ perut aku buat konsert hareudang dah ni .. "
Pekiknya sendirian sambil berputar 10028° tapi tulah tanpa dia sedar , minhee di bilik rumah sebelah memerhati sambil membuat muka dora.
" Di mana anda nampak orang gila ? Ya , ada kat bilik rumah sebelah . "
Jerit minhee ke arah jae ni . Masa tu juga , tingkap jaeni terbuka luas . Apalagi terdengar lah dia sindiran si makhluk mini tu.
" diam lah , aku nak mampus kelaparan dah ni !! "
Minhee terkedu . Kening digaru perlahan .
" Aku ada masak spaghetti ni .. datanglah kalau tak nak aku habiskan- "
Belum sempat minhee menghabiskan kata-katanya , sebuah ketukan bertubi-tubi hinggap di pintu utama.
" Ni jembalang ke siot. Laju giler. "
-☁️-" So kita satu sekolah lah ni ? "
Jae ni mengangguk masih fokus kat spaghetti air tai-eh air tangan minhee .
" -dan kau lah yang sorok muka dari aku tu ? "
Minhee tersenyum senget menyakat jaeni. Berdenyut-denyut kepala jaeni menahan malu.
" Bukan aku tak nak jumpa kau cuma-"
Belum habis jaeni explain , minhee segera bersuara,
" Takut aku label kau stalker ? "
Mata jaeni membesar 10 cm lalu dia tersedak mi.
" Uhuk!uhuk! "
Minhee menghulurkan secawan jus epal tanpa secalit perasaan cemas pun malah dia ketawa terbahak . Orang dah nak mampus tersedak boleh pula dia cam baldi buruk .
" Rilek lah , aku joking je kot . Ke betul ..? "
" Diam jebon kang aku tercekik lagi .. nahas kau . "
Jaeni menampar belakang minhee laju² . Ha ambik biar patah tulang belakang dia .
" Waduh mokcik , lemahnya pukulan lahaii.. hahaha . "
" Apa?! Kau panggil aku makcik , hah ambik ni jurus cubitan naga aku. "
-☁️-
" Nah , surat dari secret admirer."
Chaerin meletakkan sekeping memo di atas tapak tangan jaeni.
" Siapa woy ? Siapa bagi kau ? "
" Kalau aku gitau , kau mesti tak caya punya . "
Tanpa membuang masa ,jaeni menggoncang bahu chaerin agar otak chaerin lumpuh pastu boleh lah dia tahu rahsia chaerin .
" Ha yelah yelah , kecut otak aku woii . Kim seungmin sunbae yang bagi . "
Jaeni tergamam. Memo di tangan kembali ditilik semula untuk kepastian.
" Woaa , jangan kau nak kencing aku pulak ye aku sekeh kau guna buku sejarah . "
" Tapi-"
Jaeni hilang dari pandangan.
" Uish, bapak laju .. "
Chaerin menggaru kepalanya .
야
매
태
°Jae ni mengeluh perlahan . Habis basah uniformnya kerana berpeluh satu baldi . Hah,lari lah lagi !
" Waeyo .. waeyo .. waeyo ..neo opshin-"
F L A S H B A C K ~
" OMAIGOT , seungmin sunbae puji beg aku lah tadi !! "
Chaerin menggulingkan biji matanya ke atas , hampir terkeluar dari soket . Sudah 50 kali , si jaeni ni memekak cakap pasal seungmin sunbae itu , seungmin sunbae ini .. taulah crush sejati ( author pun ada ok )
" Jaeni , confess lah ayam ! Kang kena ambik kau nangis 2 abad pulak nanti . "
" Bukan apa, acane kalau seungmin sunbae reject aku .. pasang muka tembok lah alamatnya. "
Kini , posisi jaeni yang tadi berdiri sambil berjoget bertukar kepada orang yang hopeless tak bertempat . Cam bipolar disorder ( ok no offense 🤧)
" Sukati mu lah baldi . "
" Eh hampeh .. aku manusia lah bukan baldi lah kunyit ! "
Maka , adegan cubit bercubit pun berlangsung .
.
.
." Eh betul k-ke ? Ta-tapi sunbae puji beg saya hari tu.. "
" Bukan awak lah , kawan awak si chaerin tu yang beg dia warna purple tu cool giler .. beg awak feminin sangat- ok jumpa nanti."
Wait, di mana hati aku tercicir tadi . Air mata jaeni jatuh berderai , yelah sape ja sanggup kena bagi fakehope.
Kesedihannya tidak tamat begitu sahaja apabila ..
" Jaeni oii , pehal kau ributkan sekolah ni pasal kau suka seungmin sunbae hah ?! "
Tercabut jantung jaeni apabila mendengar pernyataan chaerin.
Sejak bila dia sebarkan pasal rahsia terbesar dia tu." Dahlah , aku jijik kat kau . Orang tak suka tu takyah lah ! "
Seungmin tanpa menapis kata-katanya menolak kuat bahu jaeni.
Sumpah dialah orang yang paling sedih hari tu , sudah dengan fakehopenya lagi ..
" Tu lah .. jangan berhajat nak dengan seungmin sunbae lagi . Kan dah kena . "
Dasar pengkhianat Hana .
Hana tersenyum mengejek , hana ialah sahabat yang telah tinggalkan jaeni selepas Hana berjumpa sahabat baru . Perangai pun cam iblis terlebih protein.
- ☁️ -
Emm, korang yang dah read tekan lah vote sekali ..
Asyik aku je vote citer sendiri huhu ㅠㅠAyee ~