(still Gempa Pov)
Flashback
Gempa Pov
Now ke kelas Fang! Untuk ajak dia makan sama-sama! Yeay! Harap dia suka dengan bekas yang aku bawa hari ini!
"Eh...itu Fang ke?...kenapa dia ada di situ?..dan siapa perempuan tu?..."
Gempa Pov End
Gempa mengambil langkah mendekati Fang dan susuk tubuh seorang perempuan itu, perlahan-lahan dia mendekati supaya tidak didengari.
Tiba-tiba sahaja mereka berjalan menuju ke arah tangga tanpa berlengah Gempa juga turut mengikuti mereka.
Rooftop
Sekarang ini mereka sedang berada di Rooftop sekolah. Gempa dapat melihat semuanya. Panas matanya, air mata Gempa mengalir deras. Sakit. Sakit apabila melihat suasana yang cukup manis diantara Fang dan perempuan itu.
Malah Gempa juga tidaklah serapat itu dengan Fang. Walaupun mereka sudah menjadi pasangan kekasih, Gempa sama sekali tidak pernah mendapat layanan yang baik dengan Fang berbanding dengan perempuan itu.
Panas pula hatinya saat melihat itu, Gempa tidak tahan melihat situasi tersebut dia tidak mampu berbuat apa-apa, tiba-tiba sahaja bekal makanan yang berada di tangannya terjatuh dan hal itu telah mengejutkan dua pasangan itu.
Fang terkejut saat melihatnya. Gempa, secara perlahan-lahan mengundur ke belakang. Fang panik apabila melihat Gempa yang sedang menangis itu.
"G-gempa...A-aku boleh j-jelaskan..."
"NAK JELASKAN APA LAGI!? DAH TERANG-TERANG KAU CURANG DI BELAKANG AKU!! AKU TAK SANGKA YANG KAU NI JENIS LELAKI YANG CURANG!!"
"Gempa-"
Belum sempat Fang ingin memanggil gadis itu. Gempa terlebih dahulu melarikan dirinya.
~°•___[✨💖✨]___•°~
"Gempa!!"
"J-jangan!! Jangan kejar aku, Fang!"
Gempa terus berlari tanpa menoleh kehadapan, Fang masih gigih mengejar Gempa sehinggalah...
Sreet-
Puk!
"GEMPA!!!!"
Gempa dilanggar oleh sebuah lori. Fang yang melihat Gempa terbaring dengan tompokan darah segera dia mendekati gadis itu.
"G-gempa..?"
"F-fang...?"
Fang mengangkat kepala Gempa di atas pahanya kemudian dia menggenggam tangan kanan Gempa dengan erat. Air mata mengalir membasahi pipinya.
"Ya...Gempa...i-ini aku...Fang.."
"F-fang...m-maafkan..A-aku..A-aku cintakan kau...m-maafkan aku ya... Fang..."
"A-aku pun nak minta maaf! T-tolong Gempa!! J-jangan tinggalkan aku!"
"Gempa...?"
YOU ARE READING
Wish Come True✅
Fantasi[HalixFemGem] Status:Complete [Inspired] Mengisahkan seorang gadis bernama Gempa, yang ingin kembali menjadi seorang manusia semula akan tetapi ianya agak sulit. Kerana, untuk kembali menjadi manusia semula gadis itu iaitu Gempa, harus menunaikan pe...