Mengukir Namamu Di Kaki Langit

43 4 5
                                    

Kita bertemu sebagai sebuah persinggahan ,
Bahkan bukan kita sahaja ,
Semua di antara mereka jua .

Stesen-stesen kenangan ,
Kita lakarkan dalam kehidupan ,
Tersenyum mahupun bersedih ,
Tawa ataupun menangis .

Lalu jasad ini tiba saatnya ,
Akan saling bergelimpangan ,
Dalam bilik asmara kesepian ,
Seorang diri ,
Terpisah kita .

Namun sebelum kita hilang ,
Lihat langit itu ,
Telah aku ukir nama mu ,
Di kaki langit ,
Tiada hujan ,
Ribut petir ,
Mahupun angin ,
Yang dapat menghapuskannya .

Lapisan HatiWhere stories live. Discover now