BAB 8

26 6 1
                                    

Kini. Yang berada dalam jasad Maisara Danisya bukan lagi dirinya yang periang. Dia menjadi pendiam dan suka memencilkan diri. Hanya Humaira yang masih selamba dengannya. Yang lain ada mengatakan Maisara dirasuk dan disihir kerana pendiriannya berubah. Namun itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya.

"Sara,kau nak kerja kat sini tak? Aku jumpa ni tertampal kat signboard sana. Sesuailah dengan kau."kata Humaira. Di tangannya terdapat kertas.

Ya. Sekarang dia harus mencari kerja untuk menyara hidupnya sendiri. Dia tak kisah. Baginya,duit tak mampu mengembalikan keluarga dan sikapnya dahulu.

"Cikgu spm? Kau tahu kan aku dah tak nak bazirkan suara aku untuk perkara yang sia-sia."kata Maisara Danisya mendatar.

"Ni tak sia-sia okey. Satu,kau dapat duit sara pembalajaran kau. Dua,orang yang kau ajar tu nanti perempuan. Tiga,kau akan dapat pengalaman menarik. Empat,kau akan dapat petunjuk sikit demi sedikit tentang  orang yang buat jenayah kat kau tu. Last,kau akan dapat menilai yang setiap manusia perangai dia tak sama. Jadi,ini memang kerja terbaik kau."jelas Humaira panjang lebar. Kalau rakannya tak tertarik juga tak tahu lah.

"Tengoklah macam mana. Kalau aku tak boleh blah sangat aku berhenti."ucap Maisara mamberi harapan. Dia tidak mahu Humaira berkecil hati.

"Okey. Esok aku teman kau pergi sana."cadang Humaira.

"Eh. Tak payah lah. Kau dah tolong aku cari kerja ni pun dah cukup baik dah."Maisara Danisya membantah.

"Biat aku pergi. Aku boleh back up kau. Kau ni bukan pandai sangat bertemu duga."kutuk Humaira sesuka hati.

"Ek eleh. Bukan aku ke yang selalu back up kau. Lagipun nanti tuan rumah tu hairan aku ke kau yang nak kerja. Beria sangat nak back up aku."smash Maisara Danisya.

"Yelah. Kau cakap sendiri nanti. Tapi aku tetap ikut kau tau. Nanti kau melalut entah apa-apa."putus Humaira.

"Syafiqa lambat lagi ke balik dari kampung?"tanya Maisara Danisya tiba-tiba.

Humaira terpaku sebentar sebelum dia membalas.

"Biarlah dia kat kampung dulu. Kau fikir masalah kau je. Jangan fikir masalah dia. Tahulah dia nak fikir masalah dia. Lagipun dia dah cakap dengan lect. kan yang dia cuti?"kata Humaira panjang lebar.

"Hmm. Dia mintak aku yang cakap kat lecture."sahut Maisara Danisya senada.

"Owh. Takpelah. Eh aku ada kelas ni...aku pergi dulu tau...takpayah sedih-sedih."kata Humaira.

"Aku tak sedih pun. Pergilah kelas kau. Aku nak pergi cafe."kata Maisara Danisya perlahan.

Sekarang dia tidak boleh belanja rakannya sendiri kerana duitnya juga tidak mencukupi.


Sorry kalau typo atau cerita ni pendek. Idea tak semestinya datang dikala mahu. Author akan buat yang terbaik. Tq pada yang sudi baca.😊😊

KERANA KAU AKU LEPASKANWhere stories live. Discover now