BAB 7

26 7 1
                                    

Seharian Maisara Danisya menyepikan diri. Tiada lagi keriangan apabila melihat gambar di dalam surat yang diberikan. Sungguh dia tak tahu mengapa dia berada dalam keadaan begitu aib sekali.

Tok tok...

Ketukan di pintu bilik diberikan sebelum Humaira terus masuk ke dalam bilik tersebut tanpa izin.

"Kenapa ni  Sara? Apa masalah kau ni?"tanya Humaira lembut.

"Aku tak tahu...aku tak buat pun perkara terkutuk tu. Kau percaya aku kan?"kata Maisara lemah. Dia tak mampu menangis kerana dia sudah berikrar tidak mahu lagi mengalirkan air mata selepas peninggalan ibunya.

"Aku rasa macam aku kenal lelaki ni..."kata Humaira sambil mengenal pasti lelaki itu. Seketika kemudian,matanya membulat. Ya,dia kenal lelaki itu.

"Kau kenal dia ni?"tanya Maisara serius. Dia ada perhitungan dengan orang yang menghancurkan hubungan keluarganya.

"Aku dah tak ingatlah...kalau aku ingat nanti aku cakap kat kau okey ?"kat Humaira memberi harapan.

"Sekarang aku dah takde sape-sape. Mama dah tinggalkan aku. Papa,abang pun dah tinggalkan aku. Buat apa aku hidup lagi?"lirih Maisara Danisya bersuara.

"Tak Sara. Kau ada aku. Aku takkan pernah tinggalkan kau. Sekarang, kau kene buktikan yang kau mampu hadapinya. Kau pernah cakapkan, Allah takkan uji kau kalau kau tak mampu. Aku yakin kau boleh."Humaira menyunting kata-kata semangat buat Maisara Danisya.

"Thanks Maira. Sebab kau percayakan aku."ucap Maisara Danisya.

"Kau selalu ada dengan aku. Macam mana aku tak percaya kau ? Macam lah aku kenal kau baru semalam. Keluarga kau terkejut je tu."kata Humaira lagi

KERANA KAU AKU LEPASKANWhere stories live. Discover now