BAB 17

20 4 1
                                    

Maisara Danisya tetap ke rumah majikannya bagi mengajar Arine walaupun ditegah banyak kali oleh nek wan.

"Kak! Mari masuk. Lama Arine tunggu akak."panggil Mikayla Zafrine.

"Excited sangat apasal. Tak sabar nk belajar sejarah?"tanya Maisara Danisya.

Dia tahu Zafrine paling tak suka mata pelajaran sejarah. Leceh katanya.

"Excited sebab tak paya belajar sejarah."kata Arine ringkas lalu menarik tangan Maisara Danisya ke ruang tamu.

"Hah?"

"Tak payah nak hah sangat. Jom keluar."kata Michaiel Zafran dingin.

"Tak nak...err.Saya tak nak makan gaji buta."sambung Maisara Danisya.

Sebenarnya dia tak nak keluar dengan lelaki itu. Dia selalu disindir dan ditanya soalan yang pelik-pelik. Lagi pun lelaki itu punca dia hampir dibunuh Syafiqa.

"Gaji awak saya yang bayar. Jadi ia tak dianggap sebagai gaji buta. Lagi pun selam ni awak mengajar Arine menggunakan otak kiri je kan. Sekarang kita belajar guna otak kanan pulak."terang Michaiel Zafran.

"Saya...saya tak nak kerja dengan awak lagi."kata Maisara Danisya serius.

"Kenapa kak. Akak tak suka Arine eh."Zafrine sedikit terkejut dengan kata-kata Maisara Danisya.

Kalau Zafrine pun terkejut. Abangnya apatah lagi.

"Saya nak kerja kat sini sebab ingatkan kena ajar Zafrine je. Kalau boleh saya tak nak ada kaitan dengan awak langsung. Saya tak nak jadi buah mulut orang ramai. Saya tak nak sebab kita saling mengenali keselamatan diri saya yang memang terancam ni lagi terancam."jelas Maisara Danisya panjang lebar.

"Fine. You ajar Arine macam biasa."kata Michaiel Zafran kasar lalu keluar entah ke mana.

Perginya Michaiel Zafran dari rumah itu, Maisara Danisya terpaku seketika.

"Jom kak. Takpe abang tu. Mungkin sebab dia tak suka orang lawan cakap dia."Arine langsung tak kesah sebab baginya dia dan Michaiel Zafran takde hak nak paksa Maisara Danisya.

😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑

Michaiel Zafran berhenti di cafe menunggu ketibaan kawan baiknya bagi melepaskan rasa hati sebelum dunia kiamat. Ceh.

"Hah, lama  dah tunggu?"tanya Amran

KERANA KAU AKU LEPASKANWhere stories live. Discover now