BAB 6

24 5 2
                                    

Sekembalinya Humaira dari kampung Syafiqa membuatkan Maisara gembira untuk bertanya khabar kedua-dua sahabatnya itu.

"Weh. Macam mana keadaan Syafiqa??"tanya Maisara Danisya teruja.

"Kita cakap lain kali ye. Aku penat sangat ni."Humaira seakan cuba mengelak. Dia terus meninggalkan Maisara Danisya.

"Apa hal pulak dia ni...balik dari kampung terus taknak cakap dengan aku ni. Selalunya dia yang banyak cakap."Maisara Danisya mengomel sendirian.

Tuuut...tuuut

Mesej dari abangnya tiba mengatakan ingin berjumpa di suatu hotel pada malam ini.

"Mujur aku takde kelas...kalau tak cancel lah."ucap Maisara Danisya sendirian.

😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑😑

                     Pang!!

Pipi Maisara Danisya ditampar ayahnya disaat dia tiba di tempat perjanjian.

"Kenapa ni pa??"tanya Maisara bingung. Mengapa dia harus ditampar tanpa sebab? Adakah dia datang hanya untuk ditampar? Itu yang bermain  di fikirannya.

"Kenapa kau tanya? Aku tak ada anak yang sanggup memalukan aku kau tau tak? Dasar perempuan murahan. Aku dah berikan segalanya buat kau. Ini yang kau balas?" suara itu kedengaran dalam oktaf ketiga.

"Apa yang Isya buat pa? Isya tak buat apa-apa pun yang memalukan papa."kata Maisara Danisya lembut. Tak mungkin dia mahu berkasar dengan ayahnya.

Sekali lagi dia menerima tamparan dari ayahnya. Dia hanya bisa menahan dari mengalirkan air mata. Tak. Dia takkan pernah lagi mengalirkan air mata.

"Kau memang layak makan penampar. Kau dengar sini. Mulai hari ini...kau bukan lagi anak aku. Kau dah takde pertalian darah dengan aku sekeluarga."Ayahnya terus keluar selepas melemparkan sepucuk surat kepada Maisara Danisya.

"Jangan cari aku lagi. Jangan contact aku lagi. Aku kecewa dengan kau."giliran abangnya pula berkata tanpa perasaan.

KERANA KAU AKU LEPASKANWhere stories live. Discover now