BAB 27

30 3 8
                                    

"Kita pergi kedai alat tulis dulu la."kata Zafrine sambil jari telunjuknya bergerak ke arah sebuah kedai.

"Okay. Boleh jer."putus Maisara Danisya.

Michaiel Zafran pula hanya mengikuti setiap langkah mereka.

"Arine biasa pakai 0.5 ke 0.7?"tanya Maisara Danisya sambil membelek-belek setiap jenis pen yang berada didepan mata.

"Entahla. Selalu main rembat jer. Akak selalu pakai yang mana?"tanya Zafrine pula.

"Akak bukan selalu pakai,cuma memang wajib 0.5 lah. Sebab dia punya mata pen lagi halus,senang nak ambik jarak. Tapi kene ikut keselesaan jugakla."terang Maisara Danisya panjang lebar.

Michaiel Zafran pula sibuk me'match'kan setiap kolor pen dengan pakaian yang dipakainya.

Mikayla Zafrine menganggukan kepalanya berulang kali.

Tu baru pen tau. Dah 25 patah perkataan. Oh ya,lupa dah cakap ke belum. Diorang datang mall ni sebab nak beli persiapan Zafrine nak periksa.

Back to the story...

"Ni Arine ke abang dia yang nak exam ni?"sindir Maisara Danisya.

Kenapa dia sindir??

Sebab Michaiel Zafran punya alat tulis berkali ganda daripada Zafrine punya. Colourpen sahaja sudah berpuluh batang dibelinya. Dahla colour yang sama. Alasannya hanya  satu. Sediakan payung sebelum hujan,sediakan pen spare sebelum habis dakwat. Takpe. Pakai duit sendiri kan. Siap payung Arine punya lagi.

💙

💙

💙

💙

"Oreo mint ice,cream,red velvet mint cheesecake,and oreo mint shake please. Thank you."

"Same"sampuk Michaiel Zafran dan Mikayla Zafrine serentak.

"Tukarla. Nak oreo cheesecake ngan chocolate shake."tukas Zafrine sambil menjeling Michaiel Zafran.

Sebenarnya Michaiel Zafran yang menyendeng sikunya ke perut Zafrine.

Setelah menunggu pesanan tiba,mereka berbual.

"So,lepas ni ada nak beli apa-apa lagi ke?"tanya Michaiel Zafran.

Mereka sudah pergi ke pameran buku bersejarah dan kedai buku latihan selepas berkunjung ke kedai alat tulis.

"Barang Arine dah cukup kut."agak Zafrine.

"Lepasni ada nak singgah mana-mana tempat ke?"tanya Maisara Danisya.

"Baliklah."putus Zafrine.

"Korang balik dulu boleh tak?"

"Kenapa?"tanya Michaiel Zafran laju.

"Saya nak pergi kedai buku kejap."kata Maisara Danisya.

"Kitorang teman."balas Zafrine cepat.

Kalau Zafrine tak cakap pun mesti Michaiel Zafran cakap punya😂

Maisara Danisya mengecilkan matanya.

"Jom"ajak Michaiel Zafran seraya ingin bangun.

"Kau nak ke mana bang? Cake baru je sampai."perli Zafrine seraya menyambut huluran makanannya.

Michaiel Zarfran kemudiannya duduk semula selepas berdehem beberapa kali.

"Jom selfie."kata Zafrine selepas beberapa suap aiskrim. Telefon dikeluarkan dari tasnya.

Beberapa keping gambar diambil dengan beberapa aksi berlainan yang dilakukan oleh Zafrine.

"Seronok selfie."tegur seseorang.

KERANA KAU AKU LEPASKANWhere stories live. Discover now