"Korang, esok kita nak buat apa?"
Tanya San hyung setelah dia selesai menyiapkan tugasannya iaitu mencuci pinggan dan mangkuk.
"Mungkin esok kita menari?" cadang Yunho hyung.
"Tapi Jongho sakit." Seonghwa hyung bersuara.
"Nak buat macam mana? Esok jadual kita menari jadi terpaksalah," sapuk Wooyoung hyung.
Aku menunduk. Aku selalu tertanya pada diriku sendiri.
Kenapalah aku ni senang sangat nak dapat penyakit?
Kalau aku tak ada penyakit, mesti seronok aku dapat menari dengan ATEEZ macam biasa.
"Habis tu nanti aku nak buat apa?" tanyaku setelah lama mendiamkan diri.
"Kau mungkin rehat jerlah. Kitorang tak nak keadaan kau makin teruk," balas Mingi hyung pula.
Aku mengeluh. Bosanlah aku tengok diorang menari jer. Aku pula tak buat apa-apa.
Aku memandang Yeosang hyung yang dari tadi tidak bercakap itu. Dia pandang aku. Sambil-sambil itu dia mengukir senyuman nipis padaku.
"Jongho takkan bosan. Percayalah kata hyung ni," bisiknya perlahan.
Aku mengangguk. Mungkin apa yang dikatakan Yeosang tu betul.
Lagipun, aku perlukan rehat yang cukup supaya kaki aku ni cepat sembuh.
YOU ARE READING
[C] LONE ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Percayalah kata aku, kau takkan sunyi. ❞ ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 21 July 2020 End : 21 July 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover