L

582 117 30
                                    

Aku melihat kawan-kawanku bermain bola baling dengan riang di taman.

Jujur, aku pun teringin sangat nak main dengan diorang. Tapi aku tak dapat sebab kaki aku sakit.

Dah berbulan-bulan kaki aku sakit, tapi masih tak baik-baik.

Aku mengeluh. Sedih? Begitulah rasanya.

Aku nampak Yeosang hyung seperti datang mendekatiku. Dengan senyuman yang manis dia lemparkan pada aku membuatkan aku tersenyum juga. Lalu dia duduk disebelah aku.

"Panas tak Jongho? Kalau panas hyung tolong belikan air untuk Jongho." Katanya dengan penuh ramah. Aku menggeleng.

"Hyung, aku teringin sangat nak main dengan korang. Tapi itulah, aku tak dapat." Ujarku perlahan sambil memuncung bibir.

Yeosang hyung tersenyum melihat aku. Lalu dia mengusap kepalaku perlahan.

"Tak apalah. Yang penting kau tak sunyi."

Aku sekadar mengangguk sahaja. Sepanjang waktu itulah Yeosang menemani aku supaya aku tidak berasa sunyi.

"Hyung tak nak main?" soalku. Dia menggeleng.

"Tak. Hyung temankan Jongho."

Aku tersenyum. Rasa terharu dengan Yeosang hyung yang baik ni.

[C] LONE  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now