S

370 94 6
                                    

Selesai sahaja makan, aku segera masuk ke dalam bilik aku.

Aku lihat Yeosang hyung masih lagi berada di dalam bilik aku.

Dan sekarang ni dia sedang lihat gambar yang berada di dalam bilik aku.

Dan sekarang ni dia sedang lihat gambar yang berada di dalam bilik aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tetapi aku pelik. Kenapa Yeosang hyung menangis?

Pantas aku mendekatinya lalu bertanya mengapa.

"Hyung, gwenchana?" teguran aku tadi membuatkan dia terkejut sedikit.

"Ah, Jongho. Dah habis makan?"

Soalnya sambil mengesat air matanya dengan kasar. Suaranya agak serak sedikit.

"Hyung kenapa menangis?"

Aku tidak menjawab sebaliknya menyoal dia semula.

Aku takut kalau ada apa-apa berlaku kat Yeosang hyung. Serius aku rasa risau sangat.

Dia tidak menjawab soalan aku. Sebaliknya dia berlari meninggalkan aku di dalam bilik keseorangan.

"Hyung! Hyung nak kemana?"

Jeritku namun hampa. Yeosang hyung hilang dari pandangan aku.

Aku tertanya laju juga dia berlari tadi.

"Jongho? Kenapa bising-bising ni?"

Soal San hyung hairan. Lantas aku bertanya dengannya.

"Hyung! Nampak tak Yeosang hyung lari kat mana tadi?"

Soalku ingin tahu kemana dia pergi. Namun, San hyung menunjukkan pandangan pelik terhadapku.

"Tak tahulah. Aku tak nampak dia."

Aku dah agak itulah jawapannya. Aku pantas menuju ke luar untuk mencari Yeosang hyung.

[C] LONE  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now