"Yeosang sekarang dah tak ada, Jongho."
Jantung aku seperti terhenti setelah Seonghwa hyung berkata begitu padaku.
"Ta-tak mungkinlah. Semalam Yeosang hyung ada jer dengan aku..."
Aku cuba untuk menafikan kata Seonghwa hyung. Tetapi...
"Mianhae, Jongho. Yeosang dah pergi tinggalkan kita buat selamanya."
Air mataku terus mengalir dengan deras setelah Yunho hyung berkata.
Adakah mimpi ngeri aku semalam adalah perkara yang telah berlaku pada Yeosang hyung?
Patutlah dia selalu tiada di studio. Sebab dia dah tiada!
Patutlah aku selalu nampak wajahnya mengukir senyuman pada aku!
Adakah itu sebab dia rindukan aku?
"Dia kemalangan di jalan raya selepas lawat kau. Dia risau sangat sebab dia takut tinggalkan kau keseorangan."
"Kitorang minta maaf sebab rahsiakan hal ni daripada kau, Jongho."
Kata Hongjoong hyung menunduk. Aku mengesat air mataku kasar.
"Tipu..."
Kataku perlahan. Seonghwa hyung terkejut dengan aku.
"Jongho?"
"Korang tipu! Yeosang hyung takkan tinggalkan aku! Dia selalu ada masa aku bosan dan sunyi! Tak mungkin dia dah takder!"
Aku berlari menuju ke bilik aku lalu menghempaskan pintu dengan kuat tanda marah.
"Jongho! Buka pintu ni!"
Jerit Seonghwa hyung di luar pintu bilik. Aku tidak menyahut. Sebaliknya aku menanhis sepuas-puas hati.
Yeosang hyung takkan tinggalkan aku!
Aku tak percaya semua ni!
"Jongho..."
YOU ARE READING
[C] LONE ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Percayalah kata aku, kau takkan sunyi. ❞ ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 21 July 2020 End : 21 July 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover