"Jongho..."
Aku kenal suara tu!
Aku mengangkat kepalaku perlahan dan lihat...
Yeosang hyung kini berada di hadapan aku dengan senyuman masih lagi terukir di bibir.
"Yeo-yeosang hyung..."
Dia memeluk aku lembut. Pelukkannya membuatkan aku terasa nak menangis lagi.
"Mianhae, Jongho. Sebab hyung tak dapat bersama dengan kau..."
Ucapnya perlahan. Aku masih lagi dengan sisa tangisan aku.
"Kalau hyung berhati-hati waktu tu dulu, mesti takkan jadi macam ni. Maafkan hyung ya?"
Aku mengangguk perlahan. Yeosang hyung meleraikan pelukannya.
Dia memandang aku dengan pandangan sayu. Sesekali dia mengesat air mataku dengan lembut.
"Jongho, hyung sentiasa berada di sisi kau. Kau takkan sunyi. Percayalah kata hyung ni..."
Katanya lagi. Kemudian, aku sedar bayangan Yeosang hyung makin lenyap dati pandangan aku.
Aku kembali menangis. Tetapi makin kuat tangisanku.
"Hiks... Hyung jangan tinggalkan aku!"
"Hyung takkan tinggalkan kau. Hyung akan selalu berada di sisi Jongho ya?"
Makin lama bayangan Yeosang hyung lenyap di pandanganku.
Aku memeluk tubuhku. Aku melepaskan segala kesedihan aku di dalam bilik.
Aku tidak menyangka bahawa Yeosang hyung sudah tiada sekarang...
YOU ARE READING
[C] LONE ☾ 종상 ☽
Fanfiction❝ Percayalah kata aku, kau takkan sunyi. ❞ ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 21 July 2020 End : 21 July 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover