Huh?
Aku kat mana?
Semua di sekeliling aku gelap semacam...
Tiba-tiba aku terdengar suara orang bergaduh di sebelah kanan aku.
Aku lantas menoleh ke kanan. Mata aku terbutang melihat Yeosang hyung bergaduh dengan yang lain!
"Takkanlah kita nak tinggalkan Jongho macam tu jer? Dia tu sakit dan kita kena jaga dia!"
Marahnya. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku. Aku mahu menghampiri mereka pun tidak dapat. Seperti ada dinding halimunan berada di hadapan aku.
Aku membuat keputusan untuk mendengar sahaja percakapan mereka.
"Kau sedar tak yang kita sekarang ni sibuk! Mana ada masa untuk jaga dia!" balas Wooyoung hyung tidak mahu mengalah.
"Jadi, korang lebih pentingkan kerja daripada adik kita sendiri? Wah! Bagusnya!"
Kata Yeosang hyung dengan senyuman sinis. Dadanya turun naik tahan amarah.
"Kau tahu kan Jongho perlukan banyak masa untuk dia berehat. Jadi kita tak bo--" kata-kata Hongjoong hyung terus dipotong.
"Aku akan jaga dia! Aku takkan biarkan dia sunyi sepanjang dia cuti sakit!"
"Aku tak kisah sekiranya kerja aku menggunung! Janji aku dapat lihat Jongho sihat semula tu cukuplah!"
Yeosang hyung terus beredar setelah berkata begitu. Tanpa membuang masa aku mengikut langkahnya dari belakang.
Sampailah di satu tempat, membuatkan aku terkaku melihat...
"Jongho? Hyung datang lawat kau ni."
AKU TERBARING KAKU DI ATAS KATIL HOSPITAL!
Dan kaki aku dibalut dengan kemas! Yeosang hyung duduk di sebelah aku lalu memandang aku yang masih tidak sedarkan diri dengan pandangan sayu.
"Hyung minta maaf sebab tak dapat jaga Jongho selalu. Jongho sunyi kan? Tak apa, hyung ada disini..."
Entah kenapa kata-kata Yeosang hyung tadi membuat hati aku terasa sebak pula.
Mahu sahaja aku peluk Yeosang hyung sekarang. Tetapi... Tidak dapat.
Aku kembali melihat Yeosang hyung yang masih lagi melawat aku di hospital.
"Hyung balik dulu ya? Nanti esok hyung lawat Jongho macam biasa."
Katanya lalu bingkas bangun. Dia melangkah keluar hospital untuk kembali ke dorm semula.
Cuaca pada masa tu hujan lebat. Yeosang hyung segera membuka payung untuk pulang ke dorm.
Pada masa yang sama, angin kencang bertiup menyebabkan payung itu terlepas di tangan Yeosang hyung. Dengan pantas hyung mengejar untuk mengambil payungnya semula.
Tetapi, dia tidak sedar bahawa ada sebuah kereta meluncur laju dihadapannya dan...
"YEOSANG HYUNG!"
Aku terkejut melihat Yeosang hyung kini berlumuran darah di atas jalan raya.
"HYUNG! HYUNG BANGUN!"
Jeritku namun sia-sia. Aku tidak dapat datang menghampiri dia!
YOU ARE READING
[C] LONE ☾ 종상 ☽
Hayran Kurgu❝ Percayalah kata aku, kau takkan sunyi. ❞ ✧*:.。.✎ ateez jongsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI⚠️ Start : 21 July 2020 End : 21 July 2020 Cover: Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover