E

385 100 19
                                    

Akibat terlalu bosan sangat, aku berjalan-jalan di luar untuk ambil udara segar.

Kalau nak tunggu diorang semua habis menari memang taklah. Lama lagi kot.

Baru sahaja aku melangkah keluar dari lif, aku ternampak Yeosang hyung berada di ruang utama KQ. Pantas aku mendekatinya.

"Yeosang hyung!" Panggilku riang.

"Eh? Kenapa kau kat sini? Bukan sepatutnya kau rehat kat studio ke?"

Aku menggeleng tanda tidak. Lalu aku pula bertanya padanya.

"Hyung kenapa tak menari dengan yang lain sekali?"

"Ahh... Kaki hyung tiba-tiba sakit pagi ni. Itu yang hyung tak join sekali."

Aku mengangguk tanda faham. Tetapi bila aku lihat semula, kaki Yeosang hyung takder pun sebarang balutan.

Mungkin kaki dia cuma lenguh.

"Aku nak lepak dengan hyung kat sinilah. Aku bosan kat studio tadi," kataku lagi. Dia tersenyum.

Baru sahaja aku mahu mengajak Yeosang hyung berbual, tiba-tiba aku terdengar ada seseorang memanggilku.

"Choi Jongho!" Dengan pantas aku menoleh. Aku terkejut melihat Seonghwa hyung memanggilku.

"Penat hyung cari kau! Jomlah! Sekarang ni latihan vokal!"

Tanpa berlengah masa aku hanya mengikut Seonghwa hyung dari belakang.

Huh... Baru aku nak lepak dengan Yeosang hyung...

[C] LONE  ☾ 종상 ☽Where stories live. Discover now