Malam itu, Johan menjemput Abu tepat pukul 8. Kalini Abu dah awal awal siap. Dia menyarung kasut sambil melaungkan nama kembarnya. "Ali!! Harini aku balik pukul 10 tau! Tak payah tinggalkan makanan untuk aku!" belum pun sempat Ali sampai ke bawah, Abu dah laju menonong keluar. Ali melambaikan tangannya dari dalam.
Abu menutup pintu kereta. Johan merenung Abu, tersenyum senang. Abu tengok Johan pelik, "What?" tanya Abu sepatah. "Nothing. You look good tonight," puji Johan lalu terus memandu. Abu tersipu sendiri. Padahal dia sarung apa yang ada je. Sepanjang perjalanan, suasana sunyi. Hanya ditemankan lagu dari radio dan bunyi hujan yang mula turun lebat.
Sesampainya mereka di destinasi, barulah Abu tau yang Johan nak bawa dia ke KLCC. Abu tersenyum, dah lama dia tak pergi jalan jalan kat mall. Baru dia nak bukak pintu, dah ada orang bukakan. Johan dari luar dengan payung hitam besarnya dah menghulurkan tangan. Abu teragak agak nak menyambut. Sepanjang mereka berjalan, Johan selamba peluk Abu dengan sebelah tangan. Bila Abu tegur, Johan bagi alasan "I taknak you basah, nanti demam,"
Mereka melangkah masuk ke dalam mall, penghawa dingin yang sejuk membuatkan Abu menggigil secara tiba tiba. Johan perasan dengan benda tu. "You sejuk ke?" tanya Johan prihatin. "I'm okay," padahal dia dah menggigil. Johan membuka jaketnya dan menyarungkan kepada Abu. Johan dah biasa dengan sejuk sejuk sangat ni, jadi dia tak kesah sangat.
Jantung Abu berdegup laju. Bau Johan kini membalutinya. Di KLCC, mereka memasuki pelbagai kedai berjenama dari baju, kasut, beg, jam, telefon, minyak wangi dan sebagainya. Di setiap kedai, Johan menyuruh Abu memilih satu item dan mencubanya. Bila Abu cakap okay, Johan terus suruh pembantu kedai tu untuk bungkus item tu dan Johan selamba bayar. Kini, dari tangan Abu ke tangan Johan dah penuh dengan beg kertas berjenama.
Abu tak senang hati. Kalau dia kira semua rasanya dah cecah RMM100 ribu. Takkanlah... Semua ni untuk dia? Abu berhenti melangkah, begitu juga dengan Johan. Johan memandang Abu, dia mengangkat keningnya seolah olah bertanya "Kenapa?"
"Johan, please don't say all of this is for me?" tanya Abu. Perlahan lahan Johan mengangguk. "Johan! Kau tau tak semua ni mahal? Aku tak mampu nak bayar all of this!" balas Abu keras. "You don't have to. It's my gift to you," balas Johan tenang sambil kembali melangkah.
"Then I will not accept it," kata Abu, masih berdiri tegak di belakang. Johan berhenti melangkah, pertama kali dalam hidupnya orang tak terima hadiahnya. "Kalau u taknak terima...," Johan mengambil kembali beg beg kertas yang dipegang Abu. "I buang semua ni," Abu bagai tercekik. Takkan Johan sanggup nak buang kot?
"Johan I bukan nak biadap ke apa but this is all too much...," suara Abu mula mengendur. Johan, sedar akan kekasarannya mula memujuk Abu. "Hey, hey I tak marah you lah... I just want you to accept my gift. I tak pernah belanja orang macam ni, can you please let me do this just once?" tanya Johan, melembutkan suaranya. "B-but it would cost you a fortune...," Abu serba salah. "No, I tak kisah pun. This is my gift to you. Will you please, please accept it?" pujuk Johan.
Abu menarik nafasnya. "Fine... But dinner I nak belanja," kata Abu, meletakkan syarat. "As you wish. I nak letak barang barang ni dalam kereta dulu. You pilihlah mana mana kedai, nanti call je I okay?" kata Johan. Abu mengangguk. Dia berfikir, kat mana dia nak bawak Johan makan? Selalunya kalau keluar mesti Johan bawa dia pergi tempat tempat mewah. Eh, selalu apa, ni baru kali kedua Johan bawa dia keluar. Hmm... Oh!
Abu melangkah masuk ke dalam restoran itu. Lamanya tak makan benda ni.. Abu craving. Selesai mengorder makanan, Abu memilih tempat yang agak tersorok. Dia menelefon Johan,memberitahu lokasinya.
Johan melangkah masuk ke kedai itu, semua orang macam takut takut nak tengok dia, maklumlah head mafia. Apalah Abu ni, ada ke patut dia ajak makan kat subway? Takpelah, asalkan Abu happy.
"Hai sayang, sorry lambat. Tadi ramai orang-" Johan ternganga meilhat Abu yang dah mula makan, sampai comot comot. "Are you starving?" Johan tergelak, dia melabuhkan punggung di hadapan Abu. "I'm dying to eat one of these," balas Abu dengan mulut penuh makanannya. "Sayang, makan tu tutup mulut. Dahla comot comot ni," Johan mengambil sehelai tisu dan mengelap mulut Abu yang ada sos.
Tengah dia sibuk lap, dia perasan pipi Abu memerah. "A-Abu you ada allergic apa apa ke?" tanya Johan gelabah. Lepastu, baru dia perasan. "Are you blushing?" Johan tergelak. Senang blush rupanya Abu ni. "N-no," Abu cuba berdalih. "Yes you are! You're blushing!" Johan tersengih, penat gelak. "Ish, makanlah sandwich you tu, penat I pilih sedap sedap untuk you," Johan tergamam. Abu bahasakan diri dia "I"? Okay, progress...
Sepanjang makan, Johan tak lekang memerhati tingkah Abu, manakala Abu pula fokus pada makanannya. Malam tu, dia belajar tiga benda pasal Abu, satu, Abu serba salah nak terima hadiah, dua, Abu senang blush dan tiga, Abu kuat makan. Comel!
Usai makan, mereka membuat pembayaran dan melangkah keluar dari mall. Sepanjang perjalanan, mereka berbual tentang benda benda yang mereka nampak kat mall tadi. Sampai je kat depan rumah Abu, Johan membukakan pintu untuk Abu. Dia menolong Abu mengangkat segala beg kertas hasil shopping diorang ke dalam rumah.
"Thankyou for tonight," kata Abu. "You're welcome. Can we do it again sometimes?" tanya Johan, kini dia memang dah dahagakan Abu. "Sure," Abu memberikan Johan senyuman paling lebar. Sekarang Johan pulak yang berdebar. Comel betul Abu ni...
"Bye...," baru Abu nak tutup pintu, Johan menghalang. "Um I almost forgot...," Johan mengeluarkan seutas loket. Loket yang menjadi punca mereka berjumpa. "I believe this belongs to you," Johan menghulurkan loket itu kepada Abu. "I thought I'd never see this again," kata Abu lembut. Johan tersenyum senang. "Open it when you get inside. I'll see you when I see you," kata Johan, kini melangkah pergi. Abu melambaikan tangan kepada Johan.
Abu masuk ke dalam biliknya, dan mengunci pintu. Dia membuka loket itu, isi dalamnya terjatuh. Kertas. Abu membuka lipatan kertas itu, it's a picture of them on the rooftop with a little note, "❤️" just that. There, Johan dah berjaya memiliki hati Abu. Abu memasukkan kembali kertas tu ke dalam loket, dan menggenggamnya erat ke dada.
Sejak dari malam tu, Abu and Johan berjumpa hampir tiap malam, weekend dan kadang kadang Abu tidur rumah Johan. Syafiq makin yakin yang Abu gay, tapi dia buat bodo je. Biarlah sampai Abu bersedia nak bagitau. Yang penting dia tak kisah, asalkan Abu happy.
Dalam mereka tak sedar, ada satu mata memerhati setiap gerak geri mereka. Mata itu penuh dengan dendam. Mata yang penuh cemburu dan amarah. Mata itu, pasti akan menghuru harakan hidup mereka.

YOU ARE READING
Too Good at Goodbyes
FanfictionJohan ni ketua mafia kat bandar tu and ramai kenal and geruni dia. Johan is a bisexual, but he have only been with women, and I mean a LOT of women. Tapi sefemes si Johan ni pun ada jugak yang tak kenal dan tak ambik tau pun pasal dia, iaitu Abu. Ab...