Part 1

1.2K 40 6
                                    

"What do you mean benda tu belum sampai?!" Johan menghentak meja. "I want that thing right here, right now atau mak bapak kau akan sambut kepala kau je malam ni," supervisor itu mengangguk kepala, dan cepat cepat keluar dari situ. Johan mengeluh, baru sebulan dia mengendali syarikat arwah ayahnya tapi semua dah kucar kacir.

"Woi boss," sapa satu suara. Johan membuntangkan matanya ke arah Amirul. "Kau nak ape?!" "Woi janganlah garang sangat. Chill chill je. Ni aku ada bawak coffee special untuk kau. Just the way you like it," pujuk Amirul, menghulurkan secawan kopi.

  Johan menarik nafas. Dia cuba bertenang. "Sorry," kata Johan. Amirul rakannya yang paling rapat dia ada dalam bandar tu, kalau dia hilang Amirul, susahlah dia. "Alah takde pape lah," Amirul melabuhkan punggung dia atas sofa empuk di dalam bilik itu. "Kau malam tadi pergi mana? Kesian aku kerja sorang sorang sampai lewat malam," kata Johan sebelum menghirup kopinya.

  "Mana lagi, clubbing ah," kata Amirul. Johan memutarkan bebola matanya. "Perempuan mana pulak kau bawak balik semalam?" soal Johan, sudah lali dengan tabiat buruk Amirul. "Ada sorang awek ni boek gila, tak silap aku Putri kot nama dia," Amirul tersengih membayangkan lenggok Putri malam tadi. (Ya allah aku pulak yang geli)

  Johan mengeluh. "Kau ni bila nak berubah ni Mirul, kesian dekat perempuan perempuan yang kau dah tebuk tu," tegur Johan. Bukan sekali dia tegur, dah berkali kali. Tapi Amirul buat tak endah je.

  "Nanti ah.. Kita enjoy dulu, dah tua aku taubat ah. Ala kau cakap aku kau pun sama, seminggu sekali tukar girlfriend," kata Amirul. "Aku bukan apa Rul, masalahnya semua perempuan yang aku jumpa semua nak duit aku je. Aku penatlah," luah Johan. Memang betul, rata rata perempuan yang dia suka semuanya nak duit dia je sampai kadang kadang dia rasa dah malas nak ada relationship.

  "Asyik perempuan je, cuba kau try lelaki pulak," cadang Amirul. "Bukan aku taknak, aku takut kalau aku cuba japgi tup tup dia straight, tak ke malu aku?" balas Johan. "Alah banyak ah alasan kau. Ni aku nak keluar ni, malam ni jadi kan?" tanya Amirul.
"Hm ye jadi," balas Johan acuh tak acuh. Fikirannya melayang ke tempat lain. Amirul menggelengkan kepalanya, dia melangkah keluar untuk memberi ruang kepada Johan.

  Johan merenung keluar tingkap, pemandangan bandar yang sentiasa sibuk. Terdengar lagi keluhan dari pemuda ini, "Dear soulmate, where are you?" soalan tinggal soalan. Johan menggelengkan kepalanya dan sambung membuat kerjanya.

                               **********

Kehidupan. Memang bukan mudah tetapi kita harus meneruskan biarpun cabaran dihadapan. Apa erti hidup jika tiada cabaran? Pasti hidup kita akan menjadi bosan tanpa ujian dan cabaran disisi. Kerana itulah, aku disini, berdiri teguh menempuh cabaran, demi kau, Alia.

  "Woi!" Abu kembali ke dunia nyata apabila Syafiq mengetuk kepalanya. Abu menutup buku yang dibacanya, mencerlung ke arah Syafiq. "Apa kau ni??" soal Abu, dingin. Pantang dia diganggu kalau tengah baca.

  "Janganla marah, ni ada customer bising kat depan tu, kesian Ali kene tengking," terang Syafiq. Abu lekas bangun dan terus ke kaunter utama.

  "Saya pesan 800 buku 'Pulang'! Bukannya 80 buku 'Pergi'! Saya nak refund, kalau tak saya report polis," kedengaran tengkingan suara seorang wanita. "Puan, ada apa apa saya boleh bantu?" Abu mengambil alih situasi. Ali lantas melarikan diri ke arah Syafiq. Syafiq menampar bahu Ali, melepaskan kegeramannya.

  "Ni, saya nak refund. Apa yang saya terima langsung tak sama dengan apa yang saya pesan. Kalau awak tak bagi refund saya report polis," ugut wanita itu lagi. "Sabar Puan, dalam sistem memang tulis " 'Pergi' - 80 buah". Takpe mungkin salah kami juga," Abu menjeling Syafiq dibelakang.

"Apa nombor akaun Puan? Sekarang juga kami bank in," soal Abu, masih tenang. Wanita itu nampaknya sudah mula bertenang, dia menyebut nombor akaunnya. "Okay saya bank in sekarang. Maafkan kami. Have a great day!" kata Abu, wanita itu mengangguk dan melangkah keluar.

  Abu memusingkan badannya kebelakang, ke arah Syafiq dan Ali. Mereka kelihatan ketakutan, yela Abu garang kot. Abu lempang bahu kembarnya dan rakannya itu. "Lain kali kalau tak faham atau kurang pasti panggil aku. Ni dah buat malu depan customer!" marah Abu.

  Ali menggosok bahunya, "Sorrylah Abu, aku mana tau Syafiq salah key in system, aku ingat memang makcik tu yang salah," terang Ali. "A-aku taktau apa apa, aku tulis apa yang aku dengar," Syafiq cuba mempertahankan dirinya. "Bapak function ah telinga kau?" kata Abu, sarkastik. Dia memutarkan matanya dan mula mengemas tempat kerjanya. Shift dia dah habis.

   "Aku balik dulu, malam nanti jumpa. Bye, take care," kata Abu. One thing pasal Abu ni is dia cepat marah, cepat cool. Sebabtu Syafiq suka kawan dengan dia, Ali pun takpernah ambil hati kalau dia kene tengking ngan Abu.

  Abu menggalas begnya dan mula mengayuh basikal. Dia sentiasa menikmati perjalanan kalau dia naik basikal. Walaupun udara kurang fresh tapi dia suka.

  Sedang seronok Abu mengayuh, tiba tiba datang kereta entah dari mana laju meluncur ke arah Abu. Belum sempat Abu mengelak, dia dah tercampak. Abu mengaduh, yela sakit kot jatuh atas jalan tar yang panas. Abu bangun, bersedia untuk sembur pemandu gelojoh tu.

  "Woi kau drive memang tak tengok orang eh?! Aku lintas kat zebra line kot! Kau buta eh?" tengking Abu, tak tunggu pemandu keluar.

  Bila pemandu tu dah keluar, nah terkedu kau. Abu tergamam melihat wajah lembut pemandu tersebut. His inner gay self in tickling, tapi Abu cepat sedar.

"Lain kali drive tu elok elok sikit. Kira eloklah ni aku tak saman kau," suara Abu mengendur, mengangkat basikalnya. Dah rosak tapi nasib baik dia okay je.

  Johan masih tergamam di tempat dia berdiri. Pertama kali di dalam hidup mafianya, dia kena marah dengan orang selain emaknya. Dalam hati dia memuji keberanian lelaki itu, lelaki yang berjaya mengalihkan perhatiannya itu. Dia masih merenung lelaki itu melangkah pergi dengan basikal disisi.

  "Johan, budak tu marah kau kan tadi?" Amirul di dalam kereta bertanya, dia pun confused. "Haah do...," jawab Johan, berkerut. Dalam hati dia mula berminat untuk kenal lebih lanjut dengan lelaki itu. Tak tahu kenapa, tapi dia dapat rasa connection dengan lelaki itu. Johan tersenyum, dia membisikkan "Whoever you are, I will find you, sweetheart," sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Too Good at Goodbyes Where stories live. Discover now