Part 8

542 21 0
                                    

"So what's new?" tanya suara itu. "Nampaknya Abu memang dah suka dengan Johan boss," balas satu suara yang lain. "What?!" lelaki itu menghentak meja. "Setiap weekend dia pergi penthouse Johan, setiap malam diorang keluar. Memang Johan dah berjaya dapat apa yang dia nak," balas suara yang kedua, takut takut.

  "Kita tak boleh biarkan diorang. Prepare for the worst. A fight is about to happen," suara pertama berkata dengan penuh dendam. "Tunggu kau, Johan,"

                                  **********

Abu terjaga, badannya berpeluh. "Sayang? what's wrong?" tanya satu suara lembut. "Nothing, just a bad dream," balas Abu, menggosok matanya. Johan menghulurkan segelas air kepada Abu. "You wanna talk about it?" Johan duduk disisi Abu, menggosokkan belakangnya.

  "I'd rather not," Abu chuckled nervously. Johan mengangguk, tak mahu memaksa. "Harini you balik sendiri ke? Ke nak I hantar?" tanya Johan sambil mengemas meja kerjanya. "Takpe I balik sendiri," Johan tersenyum tawar, sedikit kecewa. "I book kan grab," Abu menganggukkan kepalanya.

  Dia tak bermaksud nak menolak tawaran Johan, tapi ada benda lebih besar yang merunsingkan hati Abu. Usai mandi dan berpakaian, Abu mendail nombor seseorang yang dah banyak kali dia telefon sejak kebelakangan ini.

                                **********

"What? No!! Pleasee I'm begging you!" Johan memberhentikan pergerakannya apabila dia mendengar Abu tengah bertengkar dengan seseorang dalam bilik. Dia mengintai Abu dari celah pintu. Kelihatan Abu berkerut mendengar balasan orang di sebelah sana. "I- God damn it!" Abu membaling telefon baharunya ke atas katil, lalu dia duduk sambil mengusutkan rambutnya.

  Johan menarik nafas, menunggu beberapa saat supaya tak kelihatan obvious yang dia pasang telinga tadi. "Sayang, you're ready?" tanya Johan setelah seketika. Abu gelabah, "Ehem, yes. Grab dah sampai ke?" tanya Abu. "Dah. Ni ada tempoyak favourite you from mama," Johan menghulurkan bekas tupperwear berisi tempoyak kesukaannya. Abu tersenyum, mama Johan memang baik. Otaknya mengimbas kembali waktu pertama kali dia berjumpa dengan mama dan adik Johan.

Flashback...

"You okay?" tanya Johan buat kali yang entah keberapa. Semuanya sebab dia terlalu gementar. Abu mengangguk, tapi tangannya masih berpeluh. "Don't worry, they're gonna love you," Johan menenangkan Abu sekali lagi. Abu menarik nafasnya, mengurangkan debar di dada. Mana diorang ni?

  Setelah beberapa minit, muncullah kelibat dua wanita yang kelihatan elegan. "Sorry lambat, adik awak ni lama betul bersiapnya," mama menjeling Damia di belakang yang sedang membetul betulkan rambutnya. Johan mencium tangan mamanya. "Mama, this is Abu, Abu, this is my mama," Johan memperkenalkan mereka.

  "Kenapa lelaki? Mama tak terima menantu lelaki dari kamu," kata mama, menjeling tangan Abu yang baru nak menyalam. Berderau darah Abu, inilah perkara yang dia risaukan. Tiba tiba dia dengar Johan gelak. Abu pandang Johan tak puas hati, boleh pulak dia gelak je?

"Mama, tak baiklah," Johan menampar lembut bahu mamanya. "Takdelah, auntie gurau je. Apa apa je keputusan Johan auntie terima, asalkan dia happy. Lagipun kamu ni not bad," mama membelek Abu atas bawah. Tersipu Abu dibuatnya. "Ehem," satu suara menganggu perbualan mereka.

  "Oh, lupa. Abu, this is my sister, Damia," Johan memperkenalkan Damia pula kepada Abu. Damia menayangkan barisan gigi putihnya, "I like books too,". Abu tergelak.

  Sepanjang malam itu macam macam yang dibualkan mereka. Kadang kadang mama atau Damia akan mengusik Abu dan Johan, kadang kadang keletah Johan waktu kecil pula dijadikan topik sampai Johan malu. Yang penting Abu had a blast that night.

Back to Reality...

Abu tersedar, dah sampai tingkat bawah dah pun. Apa yang dibebelkan Johan langsung dia tak dengar. "Abu," Johan memegang pergelangan tangan Abu. Abu berhenti, mengangkat keningnya. "Tomorrow night I nak bawak you pergi tempat special. Dress extra nice," kata Johan. Abu tersenyum, menganggukkan kepalanya.

  Dia melabuhkan punggung di dalam kereta, melambaikan tangannya kepada Johan dari dalam kereta. Buat pertama kalinya untuk hari itu Abu berdebar memikirkan tentang benda lain. Buat pertama kalinya pada hari itu, Abu tak risaukan pasal benda lain. Sungguh dia tak sabar untuk malam esok, tak sabar nak tunggu kemana Johan nak bawa dia.

Too Good at Goodbyes Where stories live. Discover now