~CHAPTER 13~

431 66 2
                                    

Rupanya Hyeri telah tidur dalam pelukan itu.

Jaemin mengangkat Hyeri dalam gaya bridal style lalu Jeno menunjukkan bilik tidur milik Hyeri di tingkat atas.

Jaemin masuk lalu meletakkan Hyeri di atas katil miliknya dengan perlahan supaya Hyeri tidak tersedar. Jaemin mengusap perlahan dahi Hyeri lalu mengucup perlahan dahi milik Hyeri.

Jaemin baru sahaja hendak melangkah keluar, lengannya ditarik oleh Hyeri. "Tidurlah sini.." kata Hyeri dalam keadaan mamai. Jaemin memandang Jeno yang melihat situasi itu dari pintu.

Jeno hanya mengangguk yang menandakan 'boleh'. Jeno percaya kepada sahabatnya yang seorang ini. Dia percaya yang Jaemin tak akan melakukan perkara yang bukan-bukan pada adiknya.

Jaemin tersenyum nipis. Jeno menutup pintu lalu melangkah memasuki bilik tidurnya.

Jaemin mula baring di sebelah Hyeri. Hyeri segera memeluk pinggang milik Jaemin. Jaemin tersenyum lalu mengucup pipi milik Hyeri.

Time skip

Hyeri terbangun dari tidurnya. Baru dia teringat yang malam tadi dia tertidur di dalam pelukan Jaemin.

Perasaan malu mula menguasai dirinya. Dia menampar perlahan pipi milik nya.Hyeri melirik ke arah jam yang tergantung di dinding biliknya.

Betapa terkejutnya Hyeri apabila dia dapat tahu yang sekarang sudah pun pukul 11.00 pagi. Dia telah lambat ke sekolah.

Dia segera berlari ke bawah. Dia terkejut kerana terlihat bayangan seseorang di dapur.

"Siapa tu? " soal Hyeri dalam ketakutan.

I MISS YOU  || ~NA JAEMIN~Where stories live. Discover now