Chapter 5

1.8K 372 194
                                    

************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


************************

*************************

Selepas kemunculan Kim Taehyung, budak perempuan tu terus berjalan ke arah meja belakang iaitu tempat duduknya sekarang lalu menghempas punggung dengan perasaan sedih. Kepala disembam ke permukaan meja bersama tangan yang melindungi wajahnya dari terlihat menangis.

Mata Taehyung terkebil kebil bingung dengan sikap Mi Chul namun dia melangkah tenang duduk di sebelahnya.

Bahu gadis itu terhincut hincut, nampak sangat memang dah berhingus. Iris lelaki itu beralih ke arah Minju yang langsung tidak menoleh belakang.

Tapi kenapa dia nak kisah? Bagus Mi Chul tu nangis, tak payah dengar suara dia bising.

"Chul! Minju!" langkah Jungkook turut perlahan sebaik sahaja masuk ke dalam kelas apabila Minju mengalihkan pandangan ke arah kiri dan Mi Chul sedang meratapi kepiluan hati.

Taehyung menjungkit bahu dua kali tanda dia tak tahu bila Jungkook angkat kening. Sendu betul budak perempuan tu hari ni lepas persahabatan dia hampir runtuh.

Kelas semakin dipenuhi dengan lebih ramai murid, Soo Hyun saem turut melapor diri.

Tapi cuma Mi Chul masih tak bangun dari menyembunyikan muka dia yang kemerahan. Jari Taehyung teragak agak nak jengah keadaan dia, tapi kepala menggeleng laju, seperti ada sesuatu yang berbisik di telinga.

Jangan ambik kisah. Peduli. Lantok dia nak meraung sekali pun.

Disebabkan tak nak kantoi yang Mi Chul tak fokus dalam kelas, Taehyung mendirikan buku teks miliknya. Mengadang pandangan gadis itu dari ketahuan oleh saem.

"Kim Taehyung boleh bagi jawapan?"

"Eoh. Nae?"

"Apa yang berlaku semasa zaman Goryeo?"

"Ah, undang-undang dikanunkan, sistem perkhidmatan awam diperkenalkan, dan budaya yang dipengaruhi oleh Buddhisme berkembang." cermat jawapan markah penuh diberikan oleh lelaki itu tanpa cela ataupun gemuruh. Dia menghela keluhan ringan apabila Soo Hyun saem menerimanya.

Satu jari Taehyung sekali lagi naik, mengalih sedikit bangs Mi Chul yang melindungi wajah gadis itu ketika ini dengan penuh hati hati. Di balik rambut itu, ada kelopak mata yang terpejam.

Mi Chul tidur.

***********************

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now