Chapter 15

1.3K 300 53
                                    

************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


************************

***********************

"Kau nak mati ke?"

"Kim.. Taehyung."

"Bwo?"

Cepat cepat aku bangkit dari terus dicempung kemudian mengundur beberapa langkah ke belakang menjauhi budak lelaki tu. Dia berpeluk tubuh dengan riak wajah yang dingin, persis lelaki dalam mimpi masa tu. Masih tak berubah. Jantung aku dugeun dugeun.

Mesti Taehyung fikir,

Penat penat aku selamatkan kau dulu, kau nak mampus macam tu je?

"A.. Aku bukan nak bunuh diri lah!"

"Tak tahu bahaya?"

"Kenapa kau nak kisah?! BWELK." selepas menjelir lidah, dengan perangai tak matang aku terus larikan diri sebab tak nak terlibat lama lama dengan dia. Dalam kepala dia mesti Taehyung ingat aku budak mereng yang tak ada kerja tertonggeng tonggeng dekat atas tembok bangunan.

Huh, ini semua salah plastik gula getah ni ha!

************************

***********************

Tangan ditongkat pada bahu meja dengan mata yang hampir tertutup. Bosan dengar Soo Hyun saem bercakap, dia ajar benda yang sama dalam mimpi aku. Tak ada beza. Cara dia bercakap, gerak dia ke kiri ke kanan. Apa yang dia luahkan satu per satu. Sama seratus peratus. Nak muntah dah telinga aku mendengarnya.

Haih kenapa lah aku decide tak nak padam memori tu?

"Park Mi Chul!"

"Kamchagiya!"

"Kamu ni selalu tak fokus dalam kelas saya. Kamu tahu kan kamu tempat 200 dalam kalangan 200 murid? Atau lebih tepat kedudukan terakhir? Dah sekarang saya nak tukar tempat duduk. Kamu tak boleh duduk sini." ujar lelaki itu tegas membuatkan mata yang kuyu kembali segar.

"BWO?" jeritku.

Bukan apa aku mengantuk dengar benda sama je. Tak ada niat nak tidur pun. Hmm, tak sangka dah bangun dari mimpi pun masih buat masalah.

"Kamu duduk dengan budak nombor 1. Kim Taehyung."

"SAEM! Saya janji saya akan perform exam kali ni! Serius! Saya dah dengar dua kali dah saem ajar benda ni. Percaya lah dekat saya saem. Jebal?" aku terus bangun tegak bila dengar arahan saem. Kepala otak aku menolak permintaan dia sekeras kerasnya sebab kalau aku duduk sebelah Taehyung, aku takut kejadian sama dalam mimpi akan berulang.

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now