PROLOGUE

5.2K 532 127
                                    


[ Let Me Buy Some Love, Please? ]

- Kim Taehyung -

♡ LBSLP : 2020 ♡

+ mengisahkan seorang budak perempuan kaya yang bermimpi bahawa dia akan mati sekiranya tidak mendapatkan cinta sejati. jadi dia mengambil keputusan untuk membelinya daripada seorang lelaki yang turut muncul di dalam mimpi itu.

genre: fanfiction, sweet-fantasy,
romcom, drama

do vote + comment 🤍✨

• ♡ • ♡ • ♡ •

************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


************************

Mata dicelik berulang kali dengan rentak perlahan. Pandangan yang kabur semakin jelas. Aku membuntangkan bola mata dengan luas seraya terbangun dari katil, ruangan penuh dengan warna putih itu aku tilik mengejut. Nafas aku berombak naik turun, terasa macam hayat aku dekat hujung tanduk.

Memang betul, aku dekat hospital.

"Yah Mi Chul! Gwaenchana?"

"Weh kau jatuh longkang je asal pengsan lama sangat?!" terpa seorang kawan aku namanya Minju. Blur, otak aku macam tak dapat nak berfikir dengan waras sekejap.

Serius lah aku jatuh longkang? Malu siut.

Mata aku menilik kalendar yang tergantung pada dinding, 1 April.

Meremang.

Perit liur ditelan. Sekejap lagi akan ada seorang doktor yang akan masuk dan ya, lelaki tinggi yang memakai kaca mata petak, bercoat putih itu melangkah ringan berselit senyuman.

Daebak, memang betul.

"Eoh dah sedar, bagus lah. Lama betul kamu lena." ujar doktor bernama Park Mi Geun yang merupakan bapak aku. Oh ya betul kitaorang memang berkongsi darah.

"Yah! Sekarang pukul berapa?!"

"Dah pukul 2 siang. Kau tak ingat ke kau jatuh longkang masa balik sekolah semalam." jawapan dari Minju membuatkan mulut aku ternganga luas.

"Pikyeo!"

Aku terus bangun dan menyarung selipar bulu bulu tu kemudian berlari keluar dari wad tersebut. Semua orang terjerit jerit memanggil tetapi aku hiraukan. Sekarang yang penting aku kena pergi sekolah. YA SEKOLAH KU SYURGA MU. Lantak lah dengan pakaian set pesakit macam baju tidur ni yang penting aku memang terdesak kena pergi sana.

Sesaat kaki aku naik memijak tangga bas, baru aku sedar aku tak bawak kad.

"Yah! Deo michyeosseo?!" Minju tercungap cungap di belakang aku, ya ampun untung ada member macam ni. Sanggup buat drama paria kejar aku, disebabkan tak nak terlewat aku pun menempel punggung dia pada mesin tersebut, bunyi tit tit terkeluar menandakan sudah dibayar.

Kami berdua melabuhkan punggung pada kerusi seraya mengambil nafas sejenak.

"Kau kena percaya cakap aku. Kita kena pergi sekolah sekarang!"

"Yah, Juchullae? Bodoh apa kau ni tak pernah pernah semangat nak pergi sekolah, ini dapat cuti free kau beria sangat nak ke sana buat apa?!" marah Minju sengaja menggabung nama aku dengan jugullae.

"Bukan aku nak pergi belajar. Aku kena kejar masa ni!"

Minju menerkup kedua belah pipi aku dengan riak wajah sedih, "Chingu-ah. Kau jatuh longkang ada yang terputus ke suis otak kau? Kita balik hospital nak tak? Aku risau lah kawan aku dah gila."

Tangannya aku tolak menjauhi muka aku yang dimuncung sehingga susah nak bernafas. Minju tak akan faham kalau aku ceritakan sekarang, mesti dia fikir aku gila. Tapi aku kena halang benda tu dari berlaku. Pergelangan tangan gadis itu aku kerling, ada lagi 15 minit!

"Yah Chul! Kau dengar tak? Nanti bapak kau marah kalau kita tak patah balik sekarang."

"Shh! Okay dah sampai!"

Tanpa menghiraukan Minju yang mengekori aku dari belakang, aku berlari sekuat hati. Tak tahu dapat tenaga dari mana tapi aku betul betul kena pergi kelas tu sekarang. Akan ada dua orang manusia yang sedang buat drama tak berbayar dan tugas aku, MENERJAH!

"YAH! KIM TAEHYUNG!" jeritku menarik perhatian semua budak dalam kelas ni termasuk lelaki tu, dan tidak lupa berserta seorang gadis cantik di hadapannya.

"Bwoya?"

"Yah Chul kau lari dari hospital ke apa?"

"Aku dengar dia jatuh longkang."

Semua suara tu aku endahkan lalu berlari ke tengah kelas. Tubuh budak perempuan cantik yang namanya Daeul itu aku tolak sehingga dia tersentak ke belakang. Iris Taehyung masih memerhati tindakan tak semegah yang cuba aku buat. Kami berdua berhadapan antara satu sama lain. Nafas yang tidak teratur aku ambil perlahan lahan.

Lelaki ni, dia musuh aku.

Aku benci dia dan dia benci aku.

Tapi, aku akan buat sesuatu yang gila untuk selamatkan nyawa aku.

"Aku suka kau."

"Huh."

Sementara Taehyung merengus, budak lain dah start ber-WOOO dan merakam. Aku tak kisah yang penting aku kena buat benda ni, sebab aku kena ubah apa yang aku mimpi.

"Aku kata aku suka kau!"

"Aku tak suka kau."

ZASSS! Bagai ada pisau yang menyabit hati aku. Beginikah rasanya di-reject!

Aku menyulamkan kedua tapak tangan, bola mata dikerdip berulang kali seraya mendongak ke arah manusia dingin ni. Pita suara dibetulkan sebelum aku bersiap sedia untuk mengeluarkan bom paling comel yang tersimpan di dada.

"Lemme buy some love, please?"

"No."

__________________________________

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now