Chapter 3

1.9K 375 245
                                    

********************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


********************

"Ark! Ark! Sakit lah!"

Taehyung dengan kasar menarik tangan aku sehingga kami berdua berada di tempat yang lebih tersembunyi, ini semua sebab aku dah terkantoi tadi. Mana lah aku nak tahu yang dia perasan aku usha bilik tu tadi. Otak tengah susun ayat nak bagi alasan apa. Muka dia nampak menggerunkan sekarang.

"Kau ikut aku?"

"Perasan. Kau lupa ke bapak aku doktor?"

Taehyung terdiam sejenak, "Apa motif kau terintai intai dekat depan pintu tu?"

"P.. Park Mi Geun tak ada dalam pejabat dia. So aku cari kot kot dia tengah rawat orang ke apa. Serius aku tak ada masa nak follow kau okeh! Tak percaya tanya Jungkook." motif memang betul, tapi niat dah berubah lepas aku ternampak dia tadi. Ini semua salah tanda tanya, sebok nak masuk campur hal orang.

"B..Bwo?" aku mengundur apabila lelaki tu cuba mendekat. Dia melipat tangannya bersilang pada dada, mengecilkan bola matanya yang tajam.

"Kau confess, kacau aku masa latihan, suruh aku hantar balik sekolah, and now mengendap macam orang tak ada kerja. Semua tu cukup untuk buat aku bagi soalan, kau nak apa?"

Soalan Taehyung buat aku meneguk liur dalam diam, entah kenapa suara Minju terngiang ngiang dalam kepala otak aku supaya tak bagitahu Taehyung pasal mimpi tu sebab risau dia fikir aku gila. Nanti dia ingat aku rembat cerita dongeng mana pulak an.

"Nak kau. Eoh, gurae. Aku nak kau. Aku dah kata kan aku suka kau? HAJIMA! Shadap! Jangan reject aku untuk kali ketiga!" aku menutup telinga.

"BLRBLRBLRBLRBLR." sengaja buat bunyi bising supaya tak dengar apa yang Taehyung nak cakap. Dia tak tahu ke rasa sakitnya kena reject walaupun aku memang tak ada taruh apa apa dekat dia? Macam bagos!

"BLRBLRBLP—" Bibir aku diketap dengan jari jemari gergasi Kim Taehik.

"Aku tak rasa kau memang nak aku. Apa muslihat kau?"

Patut lah dapat ranking number satu.

"Tak percaya sudah. Aku cuma nak kau dekat dengan aku untuk sementara waktu sebelum aku leraikan semua ni." spontan mata aku terkebil kebil bingung. Pucek, apa benda aku cakap ni.

"Semua ni?"

"P.. PERASAAN AKU. Hah! Sebelum aku decide betul ke aku suka kau? Euw? Kau? Memang tak lah, ramai lagi yang lebih handsome. H.. Ha, sebab tu aku perlukan kau."

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now