Chapter 10

1.5K 320 111
                                    

♡ ; mi ane guys sembang nak daily update HAHA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡ ; mi ane guys sembang nak daily update HAHA. chan busy dengan manuskrip. so yea chan struggle untuk luangkan masa dekat fanfic ni jugak. gomawo sebab tunggu. 🥺💜

****************

****************

Sejak kebelakangan ni, hubungan Mi Chul dan Taehyung semakin rapat. Apabila itu berlaku sudah tentu ada yang iri hati, lagi lagi yang baru lepas ditolak cintanya. Walaupun cuba untuk terima kenyataan tetapi Daeul gagal. Dia terasa seperti dipermalukan setelah sekian lama menaruh perasaan terhadap lelaki itu.

Ini semua berpunca dari Michul.

"Saya nak awak settle kan harini. Sebab itu apa yang saem arahkan. Taehyung tak ada, jadi awak kena hadap sorang." sengaja Daeul menyuruh gadis itu menempel cop pada seguni buku buku baru.

"B.. Boleh tak aku sambung separuh esok? Sebab—"

"Tak ada alasan Michul. Awak yang nak bertugas dekat sini. Dulu saya pun dah pernah lalui."

"Gurae, aku memang boleh buat tapi—"

"Saya harap awak bertanggungjawab dengan keputusan awak. Saya pergi dulu." sebaik sahaja dia berpaling, ada satu senyuman terbit di bibir Daeul. Entah kenapa ini kali pertama dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan.

Michul menghela keluhan berat.

Pergelangan tangan dilihat sekilas, dengan pantas budak perempuan itu mula melaksana kerja tanpa sebarang bicara. Dia dah janji dengan Jungkook untuk belanja minum sempena meraih kemenangan tempat pertama tempoh hari. Lain pulak jadi bila dia terpaksa siapkan semua buku tu hari ni.

"Huh. Kenapa Daeul tibeh macam kejam sangat? Dia nak ganti watak Chulgonis aku ke? Eeei!" bebel gadis yang tangannya sibuk menekan cop.

"Huh. Cop muka dia tahulah."

Pap! Pap! Pap!

Sepantas mungkin Michul memastikan setiap buku dilekatkan dengan dakwat logo sekolah. Walaupun sebal tetapi masih tabah. Sekejap sekejap dia berhenti dek kerana terlalu lenguh. Nafas distabilkan kembali sebelum menyambung kerja.

"ARgh! Penat! Macam tak berkurang siot! Aduh dah lambat ni!" mulut memang bising tapi sedaya upaya dia tidak tertinggal walau hanya satu buku.

Pap! Pap! Pap!

Terlalu banyak bagai tiada beza.

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now