Chapter 7

1.4K 332 132
                                    

♡ ; sorry guys menyepi lama ㅠㅠ mungkin ramai dah lupakan LBSLP

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡ ; sorry guys menyepi lama ㅠㅠ mungkin ramai dah lupakan LBSLP. tsktsk. chan akan start daily update sampai abis. ehek. 🥺✨

***********************

************************

Walaupun bagaikan mimpi, terima mesej yang ayatnya sopan dari Kim Taehyung telah pun membuatkan jantung aku berdegup laju. Biar betul ini budak lelaki sebelah meja? Itu lah persoalan yang asyik berlegar sepanjang aku menyarung hoodie dek kerana cuaca di luar teramat lah sejuk ya.

Mana dia dapat nombor aku? Okay, mungkin dari Park Jimin atau Jeon Jungkook. Itu tak penting, kenapa dia nak jumpa aku malam malam macam ni? Esok kan ada.

ENTAH ENTAH dia tahu aku beli 30 set chicken tak?! Aaaongok lah, tak akan cepat sangat kantoi? Aku buat kerja clean and fresh kot?

"Agassi nak pergi mana tu?" soal Jack opah si pengawal peribadi seketika kami berlaga di hadapan pintu masuk. Soalan dia mengeluarkan sengihan pendek pada garis bibir sementara mendongak sedikit.

"Nae? Eohhh, nak jumpa member jap. 10 minit je. Please?" aku merayu dengan mengepit suara agar lelaki ni berasa lebih kesian dan tersentuh hati. Sebenarnya aku memang tak boleh ke mana mana tanpa pantauan si Jackson. Semua benda dia kena report dekat bapak aku, itu yang kadang kadang kena panjat pagar rumah sendiri sebab tak nak kena follow.

"Seulpeohajima no no no. Tak boleh agassi ku sayang. Dah pukul 8, agassi cuma dibenarkan keluar malam hanya untuk ke tuition sahaja. Hari ni tak ada kelas tak bermaksud agassi boleh keluar sesuka hati." ujarnya tanpa ada terbit rasa kesian secebis pun untuk aku.

Bawah bibir diketap, otak mula berfikir. Takkan aku nak kecewakan Taehyung yang aku tak boleh keluar sekarang? Mana boleh, macam mana aku nak beli cinta dia kalau aku tolak tawaran yang seribu tahun sekali terjadi tu.

Haritu aku dah pernah mintak dekat appa yang aku nak jumpa Jungkook. Kalau mintak lagi kalini memang mintak penampor agaknya.

"Jebal~~? Sekejap jeee. Serius 10 minit. Chul errr Chul nak cakap sekejap je dengan dia."

"Kan boleh cakap dalam phone?"

"Andwae! Nak kena tengok muka dia. Sebab dia handsome tau, rugi tak tengok depan depan." lah tibeh aku bagi alasan tak masuk akal. Jackson mengerutkan dahinya seraya bercekak pinggang. Aku tak rasa nak berlari sekarang sebab dah malam, kalau kena tangkap pun sesia je.

"Jungkook? Nak jumpa budak lelaki tu ke?"

"Haah. Haah."

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now