Chapter 16

1.3K 300 76
                                    

♡ ;  chan akan habiskan fanfic ni cepat sikit sebab terasa kehambaran yang melampau berdasarkan feedback readers

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡ ; chan akan habiskan fanfic ni cepat sikit sebab terasa kehambaran yang melampau berdasarkan feedback readers. tsktsk. and mungkin akan kambek fanfic jk. sebab kalau buat suben orang lain mesti hambar kemain. mi ane tae stan.

*********************

"Park Mi Chul?"

Mata aku terkebil kebil dungu berhadapan dengan lelaki bernama Kim Taehyung, dia pegang plastik roti yang aku belanja tadi seraya mengerutkan alisnya bingung. Nak elak rasa janggal aku terus tertawa palsu seraya melambai tangan berulang kali.

"Aniya! Kau mesti lupa bapak aku doktor. So aku dekat sini j—"

"Masuklah." ujar Taehyung tenang seraya melewati pintu masuk, sempat dia mendongak sedikit apabila aku membeku dengan ajakannya.

"N..Nae?"

"Tak nak jumpa?"

Belakang tengkuk diusap perlahan, lambat lambat akhirnya aku mengekori jejak langkah Taehyung dari belakang. Dia berteguran dengan Puan Kim sambil meletakkan plastik roti di atas meja bersebelahan katil wanita itu. Terlihat dua garis bibir Puan Kim mekar terukir sebaik sahaja dia mengesan kehadiran tak diundang aku. Tubuh dibongkok.

"Annyeonghaseyo ahjumma-nim. Park Mi Chul imnida."

"Eoh? Naeee. Aigu, kawan sekolah Taehyung ya?"

"N..Nae."

"Budak sebelah meja." sampuk lelaki itu mendatar, punggung dilabuhkan pada kerusi. Perit liur aku telan dalam diam dek kerana terlalu gugup berhadapan dengan Puan Kim yang ternyata memang sakit.

"Lah! Sebelah meja! Aiguu ippeuda." pujian wanita itu bukan membuatkan aku malu malah sebak.

Taehyung mesti pelik tengok keadaan aku sekarang, kenapa mesti dia bawak aku jumpa dengan mak dia? Sedangkan dalam mimpi tu cuma Daeul yang dia bawak kenal dengan Puan Kim. Semua benda ni betul betul bertentangan dengan apa yang aku pernah lalui.

"Ahjumma-nim.. jaljinaesseo?"

"Gwaenchana~ Nanti lusa dah boleh balik. Ahjumma tak sakit apa pun, Taehyung ni ha yang risau sangat hantar pergi sini. Ha, tak pasal kena tahan wad dah." Puan Kim tertawa ingin menceriakan suasana dan menunjukkan yang dia tak sakit, walhal aku tahu apa yang dia alami.

"Ahjumma... jebal. J..Jebal. Jangan sakit.. eoh?" suara terketar ketar melontarkan apa yang aku ingin sampaikan dalam mimpi tu. Terbayang betapa peritnya melihat Taehyung yang rebah menanti si ibu keluar dari bilik pembedahan. Betapa sukar budak lelaki tu nak buat keputusan untuk setuju dengan pemindahan organ tu walaupun dia tak nak.

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now