Chapter 19

1.5K 313 50
                                    

♡; kita akan bertemu final oyeah <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡; kita akan bertemu final oyeah <3

********************

Selepas kejadian malam tadi, aku rasa lebih tenang bila bersebelahan dengan Taehyung. Tak terkurung macam dulu. Mungkin sebab dia pun dah faham kenapa aku tak takut dengan dia dalam keadaan macam tu. Nasib baik budak lelaki sebelah aku ni datang, kalau tak em tak tahu lah jadi apa.

Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja, otak kata jangan hati pula kata ya, hidup tak menentu adakah ini cinta. Lah tibah menyanyi pulak.

"Kau okay?"

"E..Eoh. Gomawo, macam mana kau tahu aku ada dekat sana semalam?" soal aku nak hilangkan rasa janggal. Sepatutnya dalam mimpi tu aku memang mesej dia. Tapi terkejut jugak bila Taehyung tiba tiba muncul, macam tahu tahu pulak aku perlukan dia. Lepas dah tenang, dia hantar aku balik. Kitaorang tunggu sampai hujan reda.

Aku tak ada lah takut hujan, tapi aku takut bila hujan dan berada di tempat yang gelap dalam pada masa yang sama. Itu yang boleh terbawak kisah silam yang gelap tu. Effect.

"Aku nak mintak Daeul kunci. Ingat nak tolong, tapi dia kata kau dekat sana." jawab Taehyung tanpa menoleh ke arah aku. Baru tersedar yang dia ketua pustakawan, tak pelik pun kenapa dia nak datang sana semalam.

"Ahh. Gurae.."

"Yedeura. Hari ni saem ada meeting, kita akan buat tugasan partner. Korang siapkan soalan ikut turutan yang saem dah sertakan dalam kertas yang Namjoon akan edar. So boleh hantar lusa dekat atas meja, partner kawan sebelah. Arraseo? Kalau tak ada apa apa lagi boleh balik." selesai Soo Hyun saem menghabiskan ayatnya, dia tergesa gesa berlalu pergi.

"Oyeah!"

Mesra Jungkook dengan Minju saling bertepuk tampar. Hmm, bila tengok dari belakang, dua dua nampak gembira je bila kena buat sama sama. Senyuman lebar tu jelas sangat ikhlasnya.

Ni first time aku kena buat kerja dengan budak pandai. Tsktsk, terserlah nampaknya kebuduhan aku nanti. Tiada tandingan.

"Gomawo Joon."

Mata spontan melihat ke arah Seok Jin yang menguntum senyuman mekar ke arah budak lelaki berkaca mata teropong angkasa tu. Manis. Kalau realiti ni betul betul terbalik, maksudnya Jin tak suka Namjoon pun lah?

And, Minju.. tak suka Jungkook?

"Nak jumpa petang?" soalan mengejut Taehyung membuatkan aku tersentak.

Lemme Buy Some Love, Please? + kthWhere stories live. Discover now