"Mama nak kamu berhenti jadi wakil pasukan bola sepak sekolah."
Kata-kata Mama tempoh hari, membuatkan aku semakin serabut.
Bukannya Mama tak tahu yang bola sepak tu dah macam sebahagian dalam hidup aku.
Ah, senang cerita aku memang tak boleh hidup la kalau tak main bola.
Basikal yang dikayuh aku, aku kayuh laju laju bagi melepaskan geram.
"Argh! Asal la aku ni bodoh sangat! Kalau tak sebab exam tu mesti Mama kasi aku wakil sekolah!" kata aku separa kuat dengan memaksimumkan lagi kayuhan aku.
Zzups! Zzups!
Bibir aku terangkat bangga apabila aku lihat, penjalan kaki di jalan ini sedikit terkejut dengan basikal aku yang meluncur laju.
Laju macam potong potong angin.
Pergh!
Aku patut wakil Malaysia untuk pertandingan lumba basikal! Ni kalau aku yang masuk ni confirm Azizulhasni Awang kalah dengan aku.
Pergh-
Tapi aku tak dapat berbangga lama apabila aku lihat ada seorang perempuan yang berpakaian seragam sekolah mahu melintas jalan yang aku lalui.
Brekkk brekkk!
Alamak!
Brek basikal tak makan la pula!
"ARGHHHH! WOIII PEREMPUAN KETEPI KETEPIIIII" jerit aku kuat apabila basikal yang aku bawa sudah tergoyang goyang dan bakal hilang kawalan.
Bbuk!
Aku terpelanting ke tepi manakala basikal aku sudah menghentam kuat gadis itu.
"Aduh!" aduh aku seraya melihat baju uniform aku sudah terkoyak di bahagian siku.
Aku berpaling ke arah basikal aku yang sudah kemalangan teruk tu.
"Weh! Sorry, aku tak sengaja. Brek basikal aku rosak." ucap aku berkali-kali seraya turut menolong gadis itu berdiri.
Aku lihat lututnya sudah terluka dan terkoyak, telapak tangannya juga sudah tersagat dengan jalan tar.
"Eh! Kau perempuan hari tu kan? Yang terkena bola kat taman tu?!" tangan sebelah aku diangkat menutup mulut dengan wajah terkejut.
"Kau lagi?! Kau memang pembawa malang ke ha?!" jerit perempuan itu seoktaf.
YOU ARE READING
[√] Esok, Aku Janji!
Fanfiction𝚂𝙷𝙾𝚁𝚃 𝚂𝚃𝙾𝚁𝚈 𝙴𝙳𝙸𝚃𝙸𝙾𝙽 Aku, kau, bola dan buku. START : 31 JULY 2020 END : 01 AUGUST 2020