"Mira, kau lapar tak?" soal aku, Mira yang menjadi pembonceng hanya diam seketika.
"Boleh juga, aku lapar juga ni."
Lantas aku mengayuh basikal menuju ke gerai yang tidak terlalu jauh dengan perpustakaan.
Seusai sampai dan Mira turun dari basikal, aku terus menongkat basikal di tepi.
"Makcik! Saya nak laksa satu. Tambah sikit cili potong." laung Mira mesra.
Pergh dah macam anak tuan kedai je rupa dia ni.
Aku hanya memerhati sahaja.
Kemudian, aku pun turut sama memesan perkara yang sama.
Aku terasa sedikit kekok sebenarnya.
Aku tak pernah ada kawan perempuan.
Apatah lagi, keluar dengan perempuan.
"Woi, tercegat apa. Sini la!" Mira melambai ke arah aku seraya bibirnya dijuihkan duduk di meja.
Kerusi ditarik dan punggung dihempaskan duduk.
Tapi, tak sempat rasa kekok terlalu lama.
Ada seseorang datang ke arah kami berdua dengan muka tak segannya terus duduk bersama aku dan Mira.
"Hi, Mira. Lama tak jumpa." sapanya dengan senyuman lebar.
"Siapa suruh kau duduk?" Mira membalas agak dingin seraya menjeling kecil.
Betul kan apa aku cakap, perempuan ni suka jeling orang.
"Kau tak kisah kan aku duduk?" soal lelaki itu dengan memandang aku tepat.
Em, sebersalah aku nak jawab bila dua orang manusia ni pandang aku semacam.
Sorang pandang dengan penuh berharap, sorang pandang dengan pandangan jangan.
"Err..duduklah. Aku tak kisah." minuman aku yang sudah sampai aku sedut sedikit bagi menghilangkan rasa kering di tekak.
Lelaki tu ramah betul.
Banyak betul dia cakap, tapi dengan Miera jelah.
Walaupun si Miera tu tak melayan sangat.
"Ah, aku lupa pula nak kenalkan diri. Aku, Afiq. Kau?"
YOU ARE READING
[√] Esok, Aku Janji!
Fanfiction𝚂𝙷𝙾𝚁𝚃 𝚂𝚃𝙾𝚁𝚈 𝙴𝙳𝙸𝚃𝙸𝙾𝙽 Aku, kau, bola dan buku. START : 31 JULY 2020 END : 01 AUGUST 2020