08-

75 25 1
                                    

"Bye, aku masuk dulu. Thank you sebab hantar aku balik." Miera melambai tangan ke arah aku selepas turun dari basikal.


"Aik? Dekat Yoongi je? Aku tak hantar kau balik juga ke?" sampuk Hoseok yang berbaur dengan nada cemburu.


Miera yang mencebik kecil. "Ha, kau pun. Thank you." katanya malas malas.


"Amboi, ikhlas la sikit cik kak oi. Sampai hati tau!" bibir Hoseok sedikit memuncung ke depan.


Aku menayangkan wajah pelik, dah kenapa mereka berdua ni macam kekasih yang sedang bergaduh?


Ataupun diaorang memang pasangan kekasih?


Argh, mungkin.


"Baiklah, terima kasih ya Jung Hoseok. Dah ah, aku masuk dulu. Bye korang." lambainya lagi buat kali kedua serentak kaki dihayunkan masuk ke dalam perkarangan rumah.


Selepas kelibat Miera sudah tidak kelihatan.


Dan baru sahaja aku nak kayuh balik basikal aku.


Hoseok awal awal sudah memegang lengan aku kasar.


"Pahal?" soal aku dingin dengan alis kening bertaut.


"Kau siapa dalam hidup Lee Miera ha? Macam mana korang dua boleh rapat?"


"Heol, merepek apa kau ni. Sejak bila entah aku rapat dengan dia." balas aku dengan wajah terpinga-pinga.


"Listen hear. Miera aku punya, jangan sesekali cuba nak kebas." seraya lengan aku yang dipegang kasar tadi dilepaskan.


Sempat lagi Hoseok menjeling, sebelum dia mengayuhkan basikalnya meninggalkan aku di belakang.


Perempuan macam Miera aku nak kebas?


Memang tak ler.

[√] Esok, Aku Janji!Where stories live. Discover now